Kumpulan pertama terdiri dari 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci

Date:

Share post:

SEPANG: Kumpulan pertama yang terdiri daripada 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.

Penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 ke Madinah itu berlepas pada jam 12.05 tengah malam dan dijangka tiba di Lapangan Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 3.50 pagi ini (waktu tempatan).

Majlis pelepasan kumpulan pertama jemaah haji dari Kelantan dan Kedah itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain, yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman dan Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Mohd Na’im dalam kenyataan sempena majlis pelepasan jemaah haji itu mengingatkan mereka agar sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri selain mengikuti nasihat pihak TH supaya semua amalan haji dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Saya mewakili pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar perjalanan bakal haji dipermudahkan Allah SWT dan dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna,” katanya.

Sementara itu, Syed Hamadah dalam kenyataan sama berkata, pada tahun ini, sebanyak 100 penerbangan sewa khas haji menerusi syarikat penerbangan AMAL by Malaysia Airlines Bhd dan Saudia Airlines disediakan untuk membawa 31,600 jemaah haji ke Tanah Suci.

“TH telah membuat perancangan dan persiapan rapi sejak tamatnya operasi haji tahun lepas lagi sebagai usaha memastikan kelancaran urusan jemaah Malaysia ketika menunaikan ibadat haji tahun ini,” katanya.

Penerbangan pertama jemaah haji negara bermula 9 Mei, manakala penerbangan terakhir pada 9 Jun ini.

Tahun ini, hari Wukuf jatuh pada 9 Zulhijjah yang dijangka pada Sabtu, 15 Jun.

– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...