Pesta Kaamatan platform terbaik pupuk perpaduan

Date:

Share post:

TAMPARULI: Pesta Kaamatan kekal sebagai platform terbaik bagi memupuk perpaduan dan persahabatan dalam kalangan masyarakat majmuk di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyeru rakyat tanpa mengira agama dan kaum untuk terus memupuk perpaduan, menghormati antara satu sama lain dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang memudaratkan perpaduan.

Beliau berkata, perkara yang paling penting adalah sokongan rakyat kepada kerajaan tidak boleh goyah agar pembangunan boleh dilaksanakan di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus memberi sokongan kepada semua perayaan kebudayaan dan keagamaan memandangkan keunikan budaya dan tradisi Sabah adalah aset penting rakyat.

Selain itu, dalam konteks pembangunan, Hajiji turut menggesa semua wakil rakyat untuk sentiasa turun padang melibatkan akar umbi di kawasan masing-masing bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

“Jangan tunggu masalah timbul, sebaliknya sentiasa dekat dengan rakyat. Begitu juga semua pegawai daerah dan kakitangan di jabatan berkaitan juga perlu proaktif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran di sini hari ini.

Beliau berkata, Pesta Kaamatan tahun ini bertemakan ‘Kaamatan, Melangkaui Keterjaminan Makanan’ adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan keselamatan makanan Sabah.

Katanya, ia juga memberi peringatan kepada semua pihak untuk bekerja lebih keras bagi meningkatkan hasil dan mengekalkan sumber makanan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Sulaman itu mengulangi komitmen kerajaan negeri untuk meningkatkan hasil pertanian khususnya Tahap Sara Diri (SSL) komoditi padi.

“Selain menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah, saya berharap mereka yang mempunyai tanah yang luas termasuk sawah terbiar supaya memajukan tanah mereka, memandangkan kerajaan negeri ada beberapa insentif untuk berbuat demikian terutama penanaman padi tahun ini,” katanya.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan anugerah Tokoh Kaamatan kepada penerima dalam lima kategori.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Juliah Salag; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim yang juga ADUN Tamparuli; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai yang juga ADUN Kiulu; ADUN Pantai Dalit yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Datuk Jasnih Daya; dan Ahli Parlimen Tuaran yang juga Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...