Tambahan 10 kontena bantuan kemanusian kecemasan ke Gaza – Nik Nazmi

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Malaysia menambah 10 lagi kontena bantuan kemanusiaan kecemasan ke Gaza, menjadikan keseluruhan kontena dihantar sebanyak 110.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan demikian ketika mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pelancaran misi itu di Kaherah, Mesir semalam.

Beliau berkata, kontena itu mengandungi makanan asas seperti beras dan tepung, selain kit kebersihan diri termasuk tuala wanita.

“Penambahan 10 lagi kontena menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 110 kontena dengan nilai RM12 juta yang boleh memanfaatkan 60,000 keluarga di Gaza,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Turut hadir pada pelancaran misi bantuan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) itu ialah Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid dan ketua misi bantuan, Sani Araby Abdul Alim Araby.

Penghantaran 100 kontena yang mengandungi 1,358 tan barangan ke Gaza sebelum ini dilancarkan Ahmad Zahid di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang, Selangor pada 23 Mac lalu.

Nik Nazmi berkata, hubungan diplomatik yang baik di antara Malaysia dan Mesir, termasuk peranan langsung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membolehkan kontena Malaysia yang membawa barangan bantuan itu melalui perjalanan yang lancar.

Beliau juga menegaskan, Malaysia akan kekal lantang dalam isu kemanusiaan seperti aparteid, Palestin dan Bosnia yang menjadi tradisi sejak awal kemerdekaan negara.

“Dunia maju bercakap tentang sifar bersih karbon, tetapi tidak tegas isu letupan berterusan, pencemaran air kritikal dan kerosakan tanah di Gaza,” katanya. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)