GRS serasi bersama PH Sabah, tolak kerjasama dengan BERSATU dan Pejuang

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetap dengan pendirian menolak kerjasama dengan parti lain dari Semenanjung bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Ketua Penerangannya, Datuk Joniston Bangkuai berkata tiada sebab untuk GRS menjalin kerjasama dengan parti lain memandangkan ia kini serasi dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam mentadbir negeri.

Katanya, pendirian GRS itu juga mengambil kira keyakinan rakyat Sabah terhadap gabungan berkenaan dalam meneruskan usaha yang dirancang ke arah membangunkan negeri.

“Mengambil kira keyakinan rakyat kepada GRS dan keserasiannya dengan PH Sabah dalam mentadbir negeri, tiada sebab untuk gabungan parti tempatan ini menjalin kerjasama dengan parti lain yang berpangkalan di Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bangkuai menyatakan pendirian GRS itu susulan kenyataan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kelmarin yang menyuarakan minat partinya bekerjasama dengan GRS.

Semalam, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyatakan akan meneliti sama ada mahu bekerjasama dengan parti lain termasuk GRS pada PRN17 nanti.

Bangkuai yang juga Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata GRS akan menumpukan usaha merealisasikan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam membangunkan negeri dan menyatupadukan rakyat.

Pada masa sama, katanya GRS juga akan terus memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan PH Sabah memandangkan gabungan itu amat selesa dengan PH Sabah dan rakan-rakan lain sedia ada dalam kerajaan GRS – PH Plus.

“PH Sabah memilih untuk menyokong Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri apabila segelintir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah berkomplot dengan Parti Warisan (WARISAN) untuk menumbangkan kerajaan negeri pada awal tahun lalu.

“Keputusan PH Sabah menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri didorong kebimbangan terhadap momentum membangunkan Sabah akan terganggu disebabkan keadaan politik yang tidak stabil akibat tindakan pihak yang mahu menggulingkan kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Bangkuai berkata GRS melihat hasrat PEJUANG dan BERSATU untuk bekerjasama sebagai tanda keyakinan mereka terhadap keikhlasan dan kesungguhan gabungan parti tempatan itu menerajui kerajaan negeri.

“Sebagai gabungan parti tempatan, GRS akan sentiasa berpandu kepada pandangan dan sentimen rakyat Sabah dalam membuat sebarang keputusan.

“GRS amat menghargai sambutan positif dan perasaan selesa majoriti rakyat Sabah terhadap kerajaan GRS – PH plus,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Laporan RCI berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu hadapan

“Harap ia akan dibahaskan supaya rakyat tahu apa yang berlaku,”

Kerajaan Pahang kenal pasti 34 ajaran sesat yang masih aktif

Selain itu, individu berkenaan juga diberikan teguran dan amaran supaya pulang ke pangkal jalan supaya tidak terbabit secara serius dan melarat

Jadikan projek Tamu Desa sebagai pusat pertumbuhan ekonomi setempat – Ewon

Semua ini mempunyai kesan positif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kesejahteraan ekonomi secara keseluruhan

Dakwaan kebocoran data atau transaksi mencurigakan tidak benar – JPN

JPN sudah berhubung dengan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan diambil di pihak mereka