Selangor turut naikkan gaji penjawat awam negeri – Amirudin Shari

Date:

Share post:

SHAH ALAM: Gaji penjawat awam negeri Selangor akan dinaikkan selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pelarasan berhubung perkara itu akan dilaksanakan selepas mendapat pekeliling berhubung kenaikan gaji penjawat awam di peringkat Persekutuan.

“Kerajaan negeri menyambut baik pengumuman kadar kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri yang akan berkuat kuasa bermula 1 Disember depan.

“Pentadbiran ini akan mengambil langkah yang perlu selaras dengan tatacara kewangan sedia ada yang mana saya tunggu pelarasan datang dari kerajaan persekutuan (untuk kita selaraskan),” katanya pada sidang media di Bangunan Wisma Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, peningkatan gaji di peringkat negeri Selangor harus menjadi pedoman serta dorongan kepada seluruh penjawat awam bahawa produktiviti kerja wajar sentiasa diperkukuhkan selaras dengan harapan rakyat yang tinggi bahawa sistem perkhidmatan Kerajaan sentiasa ditingkatkan.

Media pada 1 Mei lalu melaporkan, Perdana Menteri mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai 1 Disember depan.

Anwar berkata, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus,

namun Kerajaan Madani akan memastikan jumlahnya akan lebih tinggi daripada itu.

“Untuk tahun depan, bila kita mula laksanakan, ia akan mencecah lebih RM10 bilion, kerana jumlahnya agak besar dan kenaikannya agak lumayan.. dan ini adalah kenaikan paling baik dalam negara.

“Kita juga akan meneliti daripada segi kewangan dan bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih (daripada sepatutnya),” katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 yang bertemakan Pekerja KESUMA Bangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

AirAsia menyasarkan 5 juta tetamu diterbangkan ke Sabah tahun ini

Penambahbaikan ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan 35 peratus dalam jumlah penerbangan kepada lebih 51,500 penerbangan setahun serta pertumbuhan 43 peratus dalam kapasiti tempat duduk kepada 9.8 juta tempat duduk setahu

PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja selama lima hari

Mereka juga dijangka membincangkan perkara berkaitan pendidikan tinggi, perubahan iklim dan tenaga boleh dibaharui, agrokomoditi dan pelancongan

Bantuan SARA dan STR mula diagih esok, peruntukan tertinggi dalam sejarah

Menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi yang menghidupkan kerangka Ekonomi MADANI, penyusunan semula kewangan Kerajaan ini memastikan hasilnya dapat memanfaatkan rakyat terbanyak

496,541 pelajar akan terima BAP di seluruh Sabah

Diingatkan juga kepada semua pengetua dan guru besar, tiada sebarang potongan atau kutipan bayaran diambil daripada BAP ini. KPM berharap maklumat ini jelas dan difahami