Humban Ahli Parlimen dalam pilihanraya jika bantah kenaikan gaji – Anwar

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kenaikan gaji penjawat awam yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 akan datang akan menerima ‘sokongan bergaya’ di Parlimen.

Perdana Menteri menegaskan, jika ada mana-mana pihak yang cuba membantah kenaikan tersebut, mereka perlu ‘dihumban’ dalam pilihan raya akan datang.

Katanya lagi, pihak yang melontarkan kritikan mengenai cadangan kenaikan gaji penjawat awam tidak sepatutnya bersikap angkuh, sebaliknya perlu sabar menunggu perincian daripada kerajaan.

“Dia (pengkiritik) kata pengumuman Anwar untuk laksana (kenaikan gaji) pada 1 Disember, mana tahu Parlimen tak luluskan?

“Saya nak tanya Ahli Parlimen mana yang nak bantah kenaikan? Kalau dia bantah kita humban dia dalam pilihan raya akan datang

“… yang dikaitkan ialah kenaikan ini rendah (iaitu) 15 peratus kerana pernah (sebelum ini) mencecah 35 peratus. Sebab itu saya (kata), nak kritik boleh tetapi sabar dulu.. Jangan sombong dan angkuh, jangan dengki.

“Dengki itu kerana bila ada pengumuman baik, orang sambut baik… dan dia mesti cuba berhujah untuk mencemuh. Saya nak beritahu saudara, kalau kita tengok perincian keputusan ini, sebenarnya bagi kategori rendah, kenaikan itu antara 20 peratus sampai mencecah 40 peratus bagi kebanyakan pekerja awam.

“Maknanya sekarang ini kenaikan secara umum 15 peratus tetapi secara khusus bagi pihak (gred) rendah, kenaikan antara 20 peratus dan ada yang mencecah hampir 40 peratus,” katanya pada Khamis.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dokumen Terma Rujukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (MCBA) dan penguatkuasaan mengenai kawalan dan perlindungan sempadan negara dan Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI Tahun 2024, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan semalam mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

Kenaikan itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.

Perdana Menteri turut membidas pihak terbabit sebagai ‘haprak’ dan tidak boleh diterima kerana mengkritik usaha kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas 12 tahun ia tidak dilaksanakan.

Beliau berkata, kerajaan belum lagi mengumumkan secara terperinci mengenai kenaikan gaji penjawat awam kerana ia perlu mengikut proses sepatutnya.

Begitu pun, Anwar berkata dasar berkenaan telah dipersetujui oleh pimpinan utama parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan termasuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-UMNO), Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Jadi saya harap jangan dengar (kritikan)… Dia gunakan kononnya (sebab Pilihan Raya Kecil) Kuala Kubu Baharu… Ini tak ada kena mengena dengan Kuala Kubu Baharu. Keputusan itu kita buat awal tahun lagi sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (Kuala Kubu Baharu) meninggal dunia.

“Kemudian kita cakap pengumuman (kenaikan gaji) itu dibuat secara bertahap. 1 Mei (semalam) kita umum secara dasar. Kemudian kalau sempat kita bawa kepada Jemaah Menteri,” ujarnya.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan maklumat secara lebih terperinci akan dimaklumkan pada perhimpunan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) sebelum ia secara lengkap diumumkan dalam Belanjawan 2025.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Malaysia sedia bantu Palestin baik pulih sistem bekalan air bersih

Mereka melahirkan harapan agar Malaysia dapat memberikan pelbagai bentuk bantuan terutama bantuan teknikal selepas krisis semasa

28 Jun tarikh pemilihan presiden baharu Iran

Perkara 131 Perlembagaan Republik Islam Iran mewajibkan pembentukan sebuah majlis untuk menguruskan hal ehwal eksekutif negara untuk tempoh 50 hari dan persediaan untuk pilihan raya presiden.

ICC mohon waran tangkap Netanyahu, pemimpin Hamas

Undang-undang yang melindungi orang awam dalam peperangan telah dibangunkan lebih 100 tahun lalu dan ia terpakai di setiap negara di dunia, tanpa mengira sebab konflik.

Jadikan Sabah destinasi pelaburan yang menarik antara inisiatif Hala Tuju SMJ

"Ini kerana ia akan menyediakan platform kepada pelabur untuk terlibat sama dengan kerajaan khususnya berkaitan dengan pembangunan kini dan akan datang yang akan memperkasakan kemajuan Sabah, selain mengetahui bagaimana kerajaan negeri akan memudahkan serta menyokong semua pembangunan itu,"