MoU dirangka untuk rundingan pengagihan peruntukan MP pembangkang

Date:

Share post:

Kuching: Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju untuk mempertimbangkan bagi menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang diadakan di Sri Perdana, Putrajaya, petang semalam.

Sehubungan itu katanya, satu draf Memorandum Persefahaman (MoU) akan dirangka terlebih dahulu.

Menurutnya, draf itu kemudian akan dipanjangkan kepada pembangkang sebagai langkah untuk perundingan seterusnya.

“Perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat lebih satu jam yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta dihadiri pemimpin tertinggi parti komponen Kerajaan Perpaduan,” katanya Ketua Whip Kerajaan Perpaduan dalam kenyataan, hari ini.

Pada 19 Mac lalu, tiga pemimpin Perikatan Nasional (PN) iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ketua Whip PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berjumpa dengan Fadillah di Parlimen bagi membincangkan isu berkenaan.

Susulan itu, pada 21 Mac, Hamzah berkata, pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada ahli Parlimennya.

Hamzah yang mengesahkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata, pihaknya meneliti deraf itu serta syarat yang ada dalamnya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1081111/mou-dirangka-untuk-rundingan-pengagihan-peruntukan-mp-pembangkang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...