SPRM tahan dua individu disyaki terbabit rasuah di Melaka

Date:

Share post:

Melaka: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai dan bekas pegawai sebuah bank bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan daripada beberapa firma guaman di sekitar negeri ini berjumlah RM316,064.33.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia 43 dan 35 tahun disyaki meminta dan menerima suapan dalam membantu memberikan rujukan kes kepada beberapa firma guaman untuk urusan dokumentasi pinjaman hartanah daripada bank terbabit.

“Siasatan awal SPRM mendapati suspek berusia 43 tahun masih bertugas di ibu pejabat bank terbabit di Petaling Jaya, Selangor manakala seorang lagi suspek adalah bekas pegawai di cawangan bank sama di Melaka.

“Mereka disyaki melakukan kesalahan antara 2018 hingga 2022,” katanya.

Sumber berkata, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 6 petang semalam di pejabat SPRM Melaka bagi tujuan membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, Majistret Nabilah Nizam membenarkan kedua-dua suspek direman empat hari hingga 21 April ini selepas dipohon pegawai penyiasat SPRM bagi melengkapkan siasatan kes.

Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas kedua-dua suspek dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Katanya, seksyen itu memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1081127/sprm-tahan-dua-individu-disyaki-terbabit-rasuah-di-melaka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)