Israel lebih kejam berbanding Hitler – Erdogan

Date:

Share post:

ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoga, berkata Israel sudah pun mengatasi kekejaman pemimpin Nazi, Adolf Hitler apabila membunuh lebih 14,000 kanak-kanak tidak berdosa di Gaza.

Katanya, dengan sokongan tanpa syarat dari Barat, Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang menjadi tanda memalukan dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, kata Erdogan pada mesyuarat kumpulan Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di Parlimen Turkiye.

“Tiada siapa yang boleh mempersoalkan sensitiviti Turkiye terhadap isu Palestin, perjuangan Palestin memberi makna baharu dalam hidup saya.

“Selagi Tuhan memberi saya nyawa, saya akan terus mempertahankan perjuangan Palestin dan akan menjadi suara rakyat Palestin yang tertindas,” katanya.

Membandingkan perjuangan kumpulan Hamas dengan Perang Kemerdekaan Turkiye lebih 100 tahun lalu, Erdogan berkata pihaknya sedar bahawa ada harga yang perlu dibayar untuk mengatakan perkara itu.

Erdogan turut memberitahu bagaimana 15 tahun lalu pada Forum Ekonomi Dunia 2009 di Davos, Switzerland, beliau mencabar kepemimpinan Israel dan penindasannya terhadap rakyat Palestin, dalam pertemuan yang menjadi tular, dengan membantah ‘Satu minit!’

“Apabila tiada orang lain akan bercakap, kami berdiri dan berkata Hamas bukan organisasi pengganas, tetapi kumpulan penentang. Kami membentangkan peta di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menunjukkan bagaimana Israel secara beransur-ansur menduduki tanah Palestin sejak 70 tahun lalu.

“Kami berdiri di sisi saudara dan saudari Palestin kami dalam segala hal, terutama ketika masa yang paling sukar. Kami juga sudah mengerahkan semua sumber kami untuk Palestin, untuk rakyat Gaza yang tertindas,” tegas Erdogan.

Erdogan mengulangi keazaman Turkiye untuk berani mempertahankan perjuangan Palestin untuk kemerdekaan dalam apa jua keadaan.

Sejak serangan rentas sempadan 7 Oktober oleh Hamas yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang, Israel melancarkan serangan tanpa henti ke atas Gaza, meragut nyawa hampir 34,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan hampir 77,000 yang lain. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kerajaan Sabah beri sokongan dan kerjasama kekang pencerobohan

usaha itu juga bagi mengekang anasir keganasan (fahaman pelampau), kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) dan jenayah rentas sempadan khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone)

Kerajaan bebaskan 142,510 individu daripada senarai bankrap – PM Anwar

Daripada lebih 142,500 individu, syarikat dan keluarga yang terapung (nasibnya), tanpa jelas masa depan dan kehidupan mereka, itu bermakna mereka boleh kembali membantu memacu ekonomi

Kerajaan luluskan beberapa pembinaan BBP di Sabah bagi perkasa khidmat kebombaan

Nga Kor Ming berkata, pelaksanaan itu membabitkan BBP Telupid, Lahad Datu, Beaufort, Pitas, Nabawan dan Merotai untuk tahun ini

Syarikat China melabur RM10 bilion bangunkan tenaga hijau di Sarawak

"Kami percaya Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Abang Openg) mempunyai visi yang jelas dan yakin beliau boleh menjadikan Sarawak sebagai hab tenaga hijau.Sehubungan itu, ingin menghulurkan sokongan kami (dalam pelan tenaga hijau),"