Sultan Selangor berkenan menerima zakat perniagaan RM3 juta dari syarikat Pintas Utama

Date:

Share post:

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima zakat perniagaan RM3 juta untuk Lembaga Zakat Selangor daripada sebuah syarikat kejuruteraan awam Bumiputera.

Penyerahan zakat disempurnakan pada Majlis Perasmian Masjid dan Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Kota Kemuning, di sini.

Turut dianjurkan serentak ialah Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1445H dan Sambutan Nuzul Quran serta Pelancaran Tabung Pembangunan Ehsan Selangor Gaza.

Sultan Sharafuddin diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pada majlis berkenaan, baginda berkenan berbuka puasa bersama rakyat selain menyertai solat berjemaah Maghrib, Isya dan tarawih.

Sultan Selangor juga menyampaikan sumbangan hari raya berjumlah RM238,000 kepada 476 penerima dari daerah Klang, membabitkan 136 asnaf fakir, 225 asnaf miskin dan 115 saudara baharu.

Baginda turut melancarkan Tabung Pembangunan Ihsan Selangor-Gaza, inisiatif kerajaan negeri bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membangunkan semula Gaza.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Pintas Utama Sdn Bhd, Tan Sri Ir Zainudin Karjan menzahirkan rasa syukur dengan keadaan ekonomi semasa negara yang stabil memberi peluang syarikat berkenaan untuk terus menunaikan tanggungjawab Rukun Islam, kali ini dengan zakat RM3 juta.

“Kestabilan ini membolehkan masyarakat menyumbang kembali kepada golongan yang memerlukan serta memperkukuh institusi umat Islam di negara ini. Usaha murni Pintas Utama dilaksanakan dengan program-program kebajikan di bawah Yayasan Pintas Utama.

“Pada bulan mulia ini, kami meraikan dan menyantuni 18 rumah anak-anak asnaf terpilih merangkumi seluruh Semenanjung,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...