Dakwaan MUIS salah guna kuasa wang zakat adalah fitnah – Yahya Hussin

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menafikan dakwaan salah guna kuasa berkaitan penggunaan wang zakat seperti tular di laman media sosial, semalam.

Yang di-Pertua MUIS, Datuk Yahya Hussin menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutifnya membuat beberapa arahan pembayaran bonus kepada kakitangan dengan menggunakan sumber Tabung Zakat tanpa proses kelulusan.

“Kita menafikan juga dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif MUIS mengarahkan pemindahan wang Tabung Zakat ke Tabung Am (Pengurusan) berjumlah RM14 juta tanpa proses kelulusan.

“Semua tuduhan berkenaan adalah tidak berasas dan suatu fitnah (defamatory) yang dibuat dengan niat jahat untuk menjatuhkan reputasi MUIS serta pentadbirannya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Sehubungan dengan itu, Yahya turut berkata, MUIS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang telah membuat dan menyebarkan segala tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...