Agong berkenan lawat Kementerian Pertahanan

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Kementerian Pertahanan (Mindef), di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abd Rahman Ayob; Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan pegawai-pegawai kanan ATM.

Sultan Ibrahim kemudian berkenan menandatangani buku lawatan di Lobi VIP Wisma Pertahanan.

Baginda turut berkenan bergambar bersama pengurusan tertinggi kementerian sebelum diberikan taklimat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya.

Sebelum berangkat pulang pada 11.25 pagi, Sultan Ibrahim berkenan bertemu warga ATM dan Mindef.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...