Kumpulan Yayasan Sabah tambah peruntukan bantu anak Sabah lanjut pengajian

Date:

Share post:

GEORGE TOWN: Sebanyak RM67.4 juta diperuntukkan Kumpulan Yayasan Sabah pada tahun ini bagi membolehkan lebih ramai anak-anak Sabah melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, jumlah peruntukan itu meningkat berbanding sebanyak RM53.8 juta pada tahun lalu, sekali gus membuktikan komitmen ini menunjukkan usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf kualiti kehidupan dan pendidikan rakyat negeri Sabah.

“Agenda pembangunan pendidikan di Sabah sentiasa diberikan keutamaan oleh kerajaan negeri, justeru itu, pelbagai inisiatif bantuan diperkasa termasuk untuk anak-anak dalam kalangan keluarga B40 yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

“Antara inisiatif itu ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) dan Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (BAKTI), manakala Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah pula, kerajaan negeri telah menambah dana biasiswa daripada RM50 juta kepada RM100 juta bagi meringankan beban mahasiswa-mahasiswi yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.

“Semua itu kita sediakan demi anak-anak Sabah serta demi kemajuan dan kecemerlangan sektor pendidikan ke arah membentuk modal insan yang cemerlang.

“Saya berharap pelajar-pelajar kita akan merebut peluang dari pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa-Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang, pada Isnin.

Katanya, sejak tahun 1967 sehingga 2023, Kumpulan Yayasan Sabah telah menyediakan pelbagai bantuan melalui pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi.

“Seramai 124,141 pelajar Sabah yang mengikuti pelbagai disiplin ilmu sama ada di institusi pengajian tinggi di dalam mahupun ke luar negara, telah mendapat bantuan dengan perbelanjaan berjumlah RM952.2 juta,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pelajar-pelajar agar meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek yang boleh membantu untuk pembangunan Sabah pada masa hadapan.

“Mahasiswa dan mahasiswi semua adalah pemimpin masa hadapan negeri dan negara.

“Apabila tamat pengajian nanti, Sabah dan negara memerlukan penyertaan dan keterlibatan siswa siswi semua dalam membawa negeri dan negara ke arah kemajuan yang lebih tinggi.

“Ini kerana siswa-siswi semua akan menjadi golongan pelapis serta sumber modal insan untuk masa hadapan, yang akan menyambung legasi pembangunan Sabah.

“Sebab itu dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, pembangunan modal insan antara teras utama yang diberi perhatian,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri akan terus memperkasakan inisiatif-inisiatif sedia ada bagi memastikan anak-anak Sabah mendapatkan pendidikan yang baik dan sempurna, sekali gus mampu menjadi pemimpin pelapis yang serba boleh dan berdaya saing.

Program itu dihadiri kira-kira 1,400 pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi di utara Semenanjung.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB), Datuk Jasnih Daya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PROBEST beri manfaat kepada 9,529 usahawan belia dalam sektor pertanian moden

program yang diperkenalkan sejak 2016 oleh KPKM itu merupakan kerjasama strategik Agrobank dengan beberapa universiti tempatan bertujuan bagi menggalakkan penyertaan golongan belia dalam bidang pertanian moden

Kerajaan terus komited tangani kos sara hidup – PM Anwar

“Tetapi jika ditanya adakah saya puas hati? Saya tidak puas hati kerana kita masih hadapi masalah kos sara hidup di sesetengah tempat yang menekan kehidupan,”

Kerajaan Sabah beri sokongan dan kerjasama kekang pencerobohan

usaha itu juga bagi mengekang anasir keganasan (fahaman pelampau), kebanjiran pendatang tanpa izin (PTI) dan jenayah rentas sempadan khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone)

Kerajaan bebaskan 142,510 individu daripada senarai bankrap – PM Anwar

Daripada lebih 142,500 individu, syarikat dan keluarga yang terapung (nasibnya), tanpa jelas masa depan dan kehidupan mereka, itu bermakna mereka boleh kembali membantu memacu ekonomi