Sesi persekolahan kembali kepada Januari hingga Disember tahun 2026

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan setiap tahun akan kembali kepada Januari hingga Disember, pada 2026, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Sejak 2022, kalendar akademik negara ini terpaksa diubah bermula Mac susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Kah Woh berkata, kerajaan sudah memulakan usaha menyusun dan mengawal Kalender Akademik Persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.

“Kawalan dan perancangan ini dibuat bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun 2026 dapat bermula pada bulan Januari sehingga Disember.

“Pada masa yang sama, KPM perlu memastikan bahawa penyediaan kalendar akademik adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (penggal, hari dan cuti sekolah) 1998 (Pindaan) 2021.

“Peraturan itu menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari,” katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian kepada soalan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) yang bertanya sama ada KPM berhasrat untuk mengembalikan semula kalender persekolahan kepada asal, iaitu Januari hingga Disember.

Kah Woh menambah, seperti penyediaan kalendar akademik tahun-tahun sebelum ini, KPM akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan seperti kesatuan/persatuan keguruan termasuk Kesatuan Perkhidmatan Keguruan Kebangsaan (NUTP), Kesatuan Guru Sarawak (STU) dan Kesatuan Guru Kerajaan Sabah.

Sesi libat urus itu katanya, adalah untuk mendapatkan maklum balas berhubung penyediaan draf Kalendar Akademik Tahun 2025 dan draf Kalendar Akademik Tahun 2026 sebelum diangkat untuk pewartaan.

“Pada masa sama, KPM juga akan memastikan kalendar akademik yang disediakan memenuhi tempoh pengajaran dan pembelajaran secara optimum iaitu antara 32 hingga 36 minggu bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan.

“Penjajaran kepada jadual peperiksaan awam juga akan dilaksanakan agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...