Argentina mahu tingkatkan hubungan dengan Malaysia

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Argentina berhasrat untuk meningkatkan lebih banyak pertukaran dengan Malaysia bukan hanya dari segi perdagangan dan pelaburan tetapi juga dalam aspek kebudayaan, pada masa akan datang.

Ketika menyuarakan harapan itu kepada Bernama, Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino berkata kedua-dua negara mempunyai hubungan yang lama tetapi tidak begitu intensif.

Mordino berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya dan dijangka melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin ini.

Beliau juga dijangka mengadakan perjumpaan dengan beberapa menteri termasuk rakan sejawatnya Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mondino berkata hubungan diplomatik antara Argentina dan Malaysia sebagai amat bagus dan Argentina mendapat Duta Besar Malaysia yang cemerlang di sana dan negara itu juga mempunyai dutanya di sini yang mempunyai banyak pengalaman di Malaysia.

“Ia membantu,”katanya.

Nur Azman Abdul Rahim merupakan Duta Besar Malaysia ke Argentina pada masa ini sementara rakan sejawatnya dari Argentina ialah Manuel Balaguer Salas.

Selain daripada itu, Mondino juga menyuarakan kekagumannya terhadap pembangunan ekonomi dan infrastruktur Malaysia yang pesat.

“… kami boleh meningkatkan eksport kami dan kami juga berharap untuk menarik pelaburan atau sebaliknya.

Ini kali pertama saya di Kuala Lumpur tetapi saya perlu mengucapkan tahniah di atas kejayaan dan kemajuan negara anda dalam beberapa dekad. Argentina berharap dapat melakukan perkara yang sama,” katanya.

Mengenai harapan beliau menjelang pertemuan dengan Anwar dan rakan sejawatnya, Mondino berkata: “Pertamanya, saya akan meyakinkan mereka mengenai persahabatan kita. Ia lebih penting dalam keadaan dunia semasa yang mengelirukan.

“Kami juga akan cuba melihat agenda multilateral dalam banyak isu di dunia. Kita boleh bekerjasama,” katanya.

Mengenai perjumpaannya dengan Mohamad Sabu, Modino berkata ia merupakan perjumpaan yang amat penting.

”Argentina mempunyai pengeluaran produk pertanian yang banyak tetapi ia hanya sebagai pelengkap dan bukan alternatif kepada Malaysia. Kami menghasilkan jagung, kacang soya, gandum, biji bunga matahari dan banyak lagi yang penting untuk makanan manusia dan haiwan.

Kami adalah pengeluar dengan kos yang rendah dan amat efektif . Kami boleh berkongsi pengalaman. Kami mengeluarkan mesin yang mungkin boleh disesuaikan dengan tanaman Malaysia.

Jadi ada banyak benda yang kita mungkin boleh bekerjasama,”katanya.

Eksport Argentina ke Malaysia mencapai paras tertinggi kepada hampir US$2 bilion pada 2022 dengan produk utama seperti jagung, dedak kacang soya, makanan bijirin dan pelet.

Dalam tempoh 27 tahun lepas, eksport Argentina ke Malaysia telah meningkat pada kadar 6.5 peratus setahun dari US$350 juta pada 1995 kepada US$1.92 bilion dalam 2022.

Pada 2022, eksport Malaysia ke Argentina bernilai US$341 juta.

Ditanya sama beliau berharap untuk melihat dagangan seimbang antara kedua-dua negara, Mondino yang merupakan seorang ahli ekonomi berkata: “Kami berharap kedua-dua negara akan mengeksport banyak komoditi antara satu sama lain tetapi siapa mengeksport lagi banyak tidak begitu relevan.”

“Kami boleh mengeksport banyak komoditi dan pada masa kami mempunyai banyak sumber minyak dan gas.

Petronas (syarikat minyak dan gas Malaysia) mempunyai banyak pengalaman … mereka boleh membantu Argentina dan pada masa sama Petronas boleh mendapat pulangan,” katanya.

Mondino juga berkata banyak perkara boleh dilakukan antara kedua-dua negara selain daripada perdagangan.

“Kami adalah sebuah negara besar. Kami memiliki semua iklim. Kami mempunyai pelbagai sumber antaranya pertanian, minyak dan gas serta pelancongan. Kami boleh melakukan banyak perkara.

Walaupun perdagangan adalah penting, perkara-perkara lain yang boleh menjadi pertukaran seperti kebudayaan. Kebanyakan orang tidak memikirkan seni atau kesusasteraan adalah sesuatu yang penting. Ia membantu menjalin hubungan semasa insan,” kata beliau.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Potensi pelaburan RM1.4 bilion dari Jepun – PM Anwar

Perdana Menteri yang memaklumkan perkembangan itu hasil pertemuan dengan rakan sejawatnya di Jepun, Fumio Kishida, di sini hari ini, berkata potensi pelaburan itu meliputi projek di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Pelaksanaan rasionalisasi subsidi : Inflasi Malaysia tidak akan meningkat

Dasar pelengkap kepada rasionalisasi subsidi, sama ada penambahbaikan awal dalam pertumbuhan gaji atau pengembangan dalam jaringan keselamatan sosial dengan mengalihkan beban subsidi daripada bahan api kepada jenis subsidi lain, juga harus dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serentak

To Lam Presiden Vietnam yang baharu

Beliau dalam ucapan pertama sebagai Presiden berjanji untuk setia kepada tanah air, rakyat dan Perlembagaan serta melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan tugas yang diberikan oleh parti, negara dan rakyat.

Ayam sejuk beku dikesan bersama bekalan daging khinzir dalam kontena

Kes disiasat mengikut Perintah 3(1)(g) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 iaitu menyimpan barang yang diperihalkan sebagai halal dengan barang yang tidak diperihalkan sebagai halal berdekatan satu tempat simpanan yang sama. Jika sabit kesalahan, pesalah membabitkan pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak lebih RM5 juta, manakala untuk kesalahan kedua membabitkan denda tidak lebih RM10 juta