PLKN: Kerajaan pertimbang tidak libatkan pelajar sekolah

Date:

Share post:

Kuala Lumpur: Kerajaan mempertimbangkan untuk tidak melibatkan pelajar sekolah dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal diperkenalkan semula, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ketetapan mengenai peserta PLKN masih dalam peringkat rundingan dan belum dimuktamadkan setakat ini.

“PLKN mungkin tidak akan melibatkan mereka yang masih bersekolah, mungkin selepas (tamat) sekolah. Itu semua kita sedang pertimbangkan dan kita mengambil maklum kebimbangan (ibu bapa) untuk kita menyesuaikannya,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan bercadang melaksanakan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018 menerusi dua fasa iaitu Fasa 1 melibatkan pelajar tingkatan empat menerusi sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan (KPM) yang mempunyai kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

Pelajar tingkatan lima dikecualikan menjalani latihan Fasa 1 untuk memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, program yang berasaskan 80 peratus latihan ketenteraan dan 20 peratus modul kenegaraan itu dijadual dilaksanakan tahun depan.

“Kurikulum untuk kenegaraan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi kerana ia melibatkan elemen perpaduan dan sebagainya, itu kita beri perhatian. Bagi aspek ketenteraan pula memang akan dibuat Kementerian Pertahanan,” katanya.

Sementara itu ketika menggulung Usul Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, Mohamed Khaled berkata, projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) mencatatkan kemajuan semasa 67.57 peratus setakat Januari lepas.

Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan kapal LCS2 dan LCS3 masing-masing dijangka mencapai 78.17 peratus dan 61.48 peratus menjelang akhir tahun ini.

“…manakala kemajuan kerja bagi LCS4 dan LCS5 masing-masing dijadualkan 53.4 peratus dan 44.1 peratus yang disumbangkan daripada elemen peralatan dan modul blok yang telah dibina,” katanya.

Dalam pada itu menjawab celahan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) berhubung Majlis Angkatan Tentera tidak perlu mendengar arahan dan pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam isu membabitkan penyelarasan pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohamed Khaled berkata majlis itu tertakluk kepada arahan pekeliling atau dasar perkhidmatan awam.

Beliau berkata, ini kerana di bawah Perkara 132 (1) Perlembagaan Persekutuan, ATM merupakan sebahagian daripada perkhidmatan awam manakala Perkara 132 (2) (a) menyatakan anggota perkhidmatan awam memegang jawatan selama diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1069417/plkn-kerajaan-pertimbang-tidak-libatkan-pelajar-sekolah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bantuan SARA dan STR mula diagih esok, peruntukan tertinggi dalam sejarah

Menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi yang menghidupkan kerangka Ekonomi MADANI, penyusunan semula kewangan Kerajaan ini memastikan hasilnya dapat memanfaatkan rakyat terbanyak

496,541 pelajar akan terima BAP di seluruh Sabah

Diingatkan juga kepada semua pengetua dan guru besar, tiada sebarang potongan atau kutipan bayaran diambil daripada BAP ini. KPM berharap maklumat ini jelas dan difahami

Kebijaksanaan dan Hikmah: Permata Agung dalam Memimpin Kehidupan

Seperti ombak yang tidak pernah jemu menghempas pantai, cabaran hidup hadir tanpa henti, menguji keteguhan jiwa dan kecerdikan akal. Di sinilah kebijaksanaan dan hikmah menjadi pelita yang menyinari lorong-lorong gelap perjalanan ini.

Tanggungjawab Kepimpinan dalam Islam dan Relevansi dalam Politik Malaysia

Kepimpinan dalam Islam adalah sebuah tugas yang tidak hanya menyentuh batas duniawi tetapi juga melangkaui keabadian akhirat. Ia bukan sekadar satu takhta yang dihiasi dengan simbol kuasa, tetapi sebuah amanah yang menuntut keikhlasan, keadilan, dan pengorbanan.