Pendirian Anwar Ibrahim curi perhatian media antarabangsa

Date:

Share post:

Pendirian tegas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu penindasan Israel ke atas rakyat Gaza telah mencuri perhatian media antarabangsa.

Anwar menurut laporan Agensi Anadolu (AA) lantang mengkritik negara Barat yang mengecam Hamas namun kurang bertindak terhadap kekejaman rejim Israel di Gaza.

Tegasnya, kuasa besar dunia itu seharusnya menghentikan sikap memilih-milih selain mempunyai pandangan yang sangat bertentangan di dalam satu masa yang sama.

Pada masa yang sama, Anwar turut menjelaskan bahawa ketegangan antara Israel dan Gaza bukanlah berpunca daripada serangan Hamas pada Oktober tahun lalu.

Sebaliknya, dasar Israel yang mencabul hak rakyat Palestin selama berdekad-dekad lalu dan kekejaman rejim itu adalah faktor penyumbang kepada konflik berterusan ini.

“Apa yang saya tolak sekeras-kerasnya ialah naratif ini, obsesi ini. Seolah-olah keseluruhan masalah bermula dan berakhir pada 7 Oktober. Ia tidak bermula dan tidak berakhir dengan 7 Oktober.

“Sebaliknya (penindasan ini) bermula empat dekat sebelum itu. Malah ia berterusan sehingga ke hari ini, pada setiap hari,” kata Anwar memetik laporan media yang berpangkalan di Turki itu.

Konflik berterusan ini telah mengorbankan nyawa dan mengakibatkan kemusnahan yang ketara hingga Israel dihadapkan dengan tuduhan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Menjadi sorotan dunia, perkara itu diutarakan Anwar di sesi sidang akhbar bersama Canselor Jerman Olaf Scholz di Berlin, semalam dalam rangka lawatan rasminya ke Jerman.

Anwar turut mengambil kesempatan tersebut untuk memberi pencerahan mengenai status hubungan diplomatik negara ini dengan gerakan kepimpinan Hamas di Gaza.

Dalam mempertahankan pendirian kerajaan untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan Hamas, Anwar juga memaklumkan bahawa ia hanya terbatas kepada politik sahaja.

Perkara ini bermakna, Malaysia langsung tidak mempunyai hubungan dengan sayap ‘ketenteraan’ Hamas seperti mana yang digembar-gemburkan pihak media asing.

“Kami tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana saluran atau sayap ketenteraan, saya telah menjelaskan perkara ini kepada rakan-rakan sejawat di Eropah dan Amerika Syarikat.” Ulasnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Jerman mengumumkan bahawa pihaknya senada dengan Malaysia agar gencatan senjata kekal dilaksanakan di Semenanjung Gaza.

Kedua-dua negara juga menggesa supaya penghantaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin segera dibenarkan selain pembebasan tawanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...