Papar diistihar kemarau

Date:

Share post:

Daerah Papar diisytiharkan dilanda bencana kemarau susulan berdepan krisis bekalan air yang kritikal sejak beberapa minggu lalu.

Pegawai Daerah Papar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Mohd Fuad Abdullah dalam satu notis yang tular berkata, pihaknya sebulat suara mengumumkan perkara terbabit dan pengisytiharan dilakukan pada jam 10:30 pagi hari ini.

Susulan itu, beliau menjelaskan pihaknya kini sedang mengambil tindakan susulan bagi menangani perkara terbabit.

“Pengagihan bekalan air yang dibuat secara berjadual, kami turut mendapatkan bantuan lori tangki air dari Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ranau, Majlis Daerah Beaufort, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dan selebihnya disewa daripada pihak swasta.

NOTIS kenyataan pengisytiharan bencana kemarau di Papar yang tular.
NOTIS kenyataan pengisytiharan bencana kemarau di Papar

“JANS Papar akan memberi keutamaan kepada hospital, rumah ibadat, rumah warga tua dan sekolah.

“Majlis Daerah Papar akan memberi keutamaan kepada kawasan perumahan manakala Pejabat Parlimen Papar akan memberi tumpuan di kawasan perkampungan.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna JANS Papar dan Majlis Daerah Papar tidak membekalkan air ke kawasan penduduk yang terkesan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya dilapor berkata, gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar sini berpunca Loji Rawatan Air (LRA) Limbahau yang tidak dapat beroperasi.

Beliau dipetik berkata, ia disebabkan tahap kemasinan air sungai terlalu tinggi dan tidak dapat diproses selain faktor keadaan kemarau yang berpanjangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...