Industri rumpai laut harus diberikan sokongan – Mohamad Sabu

Date:

Share post:

Rumpai laut di negeri Sabah telah menyumbang kira-kira 54 peratus daripada pengeluaran akuakultur nasional.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, pada tahun 2023, pengeluaran rumpai laut negeri Sabah dianggarkan sebanyak 225,048 tan metrik (berat basah) dengan nilai RM100 juta.

Ia berbanding pengeluaran 307,972 tan metrik (berat basah) dengan nilai RM247.105 juta pada tahun sebelumnya yang melibatkan seramai 1,555 pengusaha dengan keluasan 4,464 hektar.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) perlu memainkan peranan dalam mengembangkan lagi industri rumpai laut di negara ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu kini dalam siri lawatan kerja rasminya di Semporna, Sabah dan meluangkan masa melawat Projek Penanaman Rumpai Laut di daerah berkenaan.

Mohamad Sabu berkata, industri rumpai laut ini perlu mendapat lebih sokongan dan perhatian daripada pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya.

Ketika ini rumpai laut digunakan sebagai bahan campuran dalam produk kesihatan dan ada juga dimakan secara terus terutama di restoran Jepun dan Cina.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebooknya. Turut hadir dalam lawatan itu Pengarah Jabatan Perikanan Azhar Kassim.

Usai lawatan tersebut, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berharap, industri rumpai laut dapat dikembangkan kerana ia mempunyai potensi yang cukup baik.

"Tahun 2023 pengeluaran rumpai laut negara kita dianggarkan sebanyak 225,048 tan metrik (berat basah) dengan nilai RM100 juta"

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...