Tun Juhar angkat sumpah kali keempat Yang di-Pertua Negeri Sabah

Date:

Share post:

KOTA KINABALU, 1 Jan (Bernama) — Tun Juhar Mahiruddin mengangkat sumpah untuk penggal keempat sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam satu majlis di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Tun Juhar ditemani isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni tiba di Dewan Istiadat pada 10.30 pagi dan mengangkat sumpah kira-kira 10 minit kemudian.

Tun Juhar kemudian menandatangani surat cara mengangkat sumpah jawatan, disaksikan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, sebelum Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan ucapan tahniah dan ikrar taat setia.

Mufti negeri Sabah Datuk Bungsu @Aziz Jaafar kemudian membacakan doa untuk kesejahteraan negeri di bawah bimbingan Tun Juhar, sebelum Yang Pertua Negeri meninggalkan Istana pada jam 11 pagi.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.

Pada 23 Dis, Tun Juhar menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara Kuala Lumpur untuk berkhidmat dua tahun lagi sebagai Yang Pertua Negeri.

Tun Juhar, 69, dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-10 pada 1 Jan 2011, menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah.

Hajiji, dalam ucapannya, berkata dengan bimbingan Tun Juhar, Sabah kini berada di landasan yang betul untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mempergiatkan pembangunan melalui Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021 hingga 2025).

“Pelaksanaan pelan pembangunan menyeluruh dan holistik ini telah menghasilkan impak positif, termasuk meningkatkan pelaburan asing dan domestik, perkembangan positif dalam sektor pelancongan dan pelaksanaan program pembangunan dalam semua sektor,” katanya.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa Sabah akan terus menikmati keamanan dan kemakmuran di bawah naungan Tun Juhar, lambang perpaduan rakyat dan pemimpin pelbagai latar belakang di negeri itu.

Bagi pihak kepemimpinan dan rakyat Sabah, Hajiji mengucapkan tahniah kepada Tun Juhar dan berikrar taat setia kepada Yang di-Pertua Negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PDRM mahu bina PULAPOL serba moden di Sabah

PDRM dalam rancangan jangka panjang akan memindahkan PULAPOL Kota Kinabalu ke satu kawasan di Tuaran yang mana tapak bagi pembinaannya sudah dikenal pasti dan kita hanya menunggu bajet dari kerajaan bagi merealisasikan rancangan ini

JAKIM pertimbang cadangan untuk wajibkan sijil halal bagi restoran

Apabila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal, beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda

Kerajaan Sabah tubuh Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan

Keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa khas ini adalah disebabkan oleh kes-kes meluas kanak-kanak yang dilahirkan di Sabah tanpa dokumen dan kad pengenalan (IC) yang menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, perkara ini disebabkan oleh kecuaian ibu bapa mereka

Keunikan Sabah dari sudut perpaduan perlu dipertahankan

Ini adalah aset yang sangat penting khususnya di Sabah dan hasil kepelbagaian ini lah yang menyumbang dalam membangunkan negeri ini serta turut membantu dalam mengekalkan keamanan