PAS Sabah perlu lepaskan jawatan lantikan politik

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah menggesa pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah yang dilantik dalam pelbagai jawatan lantikan politik Kerajaan Negeri untuk segera melepaskan jawatan yang disandang.

Pengarah Komunikasi AMANAH Sabah Salleh Jatil berkata, ini kerana PAS Sabah bukanlah komponen parti yang membentuk dan menyokong Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, di peringkat negeri, semua gabungan dan pakatan parti di Sabah telah sebulat suara memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan namun PAS lebih memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

“Pelepasan jawatan kepimpinan PAS didalam pentadbiran negeri akan memudahkan aspirasi Kerajaan negeri yang lebih bertunjangkan kerajaan perpaduan dibawah kepimpinan Perdana Menteri.

“Ini juga akan dapat merealisasikan dan memudahkan lagi urusan bagi membantu membela kebajikan rakyat khususnya di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Salleh berkata, PAS khususnya di negeri ini boleh menjadi sebagai imbang dan semak atas sebarang pelaksanaan serta pengurusan Kerajaan negeri dengan berada diluar komponen pentadbiran Kerajaan seperti PN di peringkat Persekutuan.

“Pemimpin PAS di negeri ini
harus sedar dengan realiti kedudukan mereka di dalam komponen di negeri ini yang tidak sehaluan dengan kerajaan perpaduan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PDRM mahu bina PULAPOL serba moden di Sabah

PDRM dalam rancangan jangka panjang akan memindahkan PULAPOL Kota Kinabalu ke satu kawasan di Tuaran yang mana tapak bagi pembinaannya sudah dikenal pasti dan kita hanya menunggu bajet dari kerajaan bagi merealisasikan rancangan ini

JAKIM pertimbang cadangan untuk wajibkan sijil halal bagi restoran

Apabila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal, beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda

Kerajaan Sabah tubuh Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan

Keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa khas ini adalah disebabkan oleh kes-kes meluas kanak-kanak yang dilahirkan di Sabah tanpa dokumen dan kad pengenalan (IC) yang menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, perkara ini disebabkan oleh kecuaian ibu bapa mereka

Keunikan Sabah dari sudut perpaduan perlu dipertahankan

Ini adalah aset yang sangat penting khususnya di Sabah dan hasil kepelbagaian ini lah yang menyumbang dalam membangunkan negeri ini serta turut membantu dalam mengekalkan keamanan