LKIM berhasrat perbanyak vesel bersaiz besar bantu kekang pencerobohan nelayan asing – Muhammad Faiz

Date:

Share post:

BATU PAHAT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berhasrat memodenkan nelayan negara ini menerusi memperbanyakkan vesel bersaiz besar kelas C dan C2, dengan bot-bot yang beroperasi di laut dalam dapat membantu pihak berkuasa mengekang pencerobohan nelayan asing.

Pengerusi LKIM Muhammad Faiz Fadzil berkata kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.

“Bagi saya, apabila di perairan itu kurang nelayan vesel besar, ia memudahkan pencerobohan serta ada sebahagian warga asing mengambil kesempatan. Pada masa sama kita akan memohon kerajaan menambah kekuatan aset bagi meningkatkan pengawasan dan kawalan perairan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Program MADANI Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah di sini pada Ahad.

Sebanyak 100 pelajar daripada keluarga nelayan golongan B40 menerima bantuan beg sekolah dan baucar membeli barangan keperluan persekolahan dalam program berkenaan yang dilaksanakan dengan kerjasama Petronas.

Muhammad Faiz berkata para nelayan perlu menyokong industri ini dengan berani memodenkan vesel mereka menerusi pinjaman dan pihak LKIM akan membantu mempermudahkannya.

“Agrobank di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan menyediakan modal (pinjaman) untuk mereka melakukan perubahan ini,” katanya.

Kawasan penangkapan ikan zon C2 bermula 15 batu nautika daripada Pantai Barat Semenanjung Malaysia (Selat Melaka) dan 30 batu nautika daripada Pantai Timur Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak hingga ke sempadan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara.

Sementara itu, berkenaan bekalan ikan menjelang Ramadan dan Syawal, beliau berkata hasil laut negara dijangka mencukupi bagi memenuhi permintaan dan LKIM turut bekerjasama dengan pihak swasta seperti ketika musim monsun dan perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini yang menyaksikan bukan sahaja bekalan mencukupi bahkan harganya juga tidak melambung.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)