Malaysia dan Brunei perkukuh hubungan dan kerjasama baharu

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Brunei berikrar untuk mengukuhkan hubungan dan meneroka bidang kerjasama baharu bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. .

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengakhiri lawatan kerja selama dua hari ke Brunei pada 11 dan 12 Ogos, sempena Mesyuarat ke-25 Pelaksanaan Pertukaran Surat antara Malaysia dan Brunei (EOL-25).

Semasa lawatan itu, Mohamad telah menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan perbincangan mereka menyentuh kerjasama dua hala serta isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.

“Selari dengan iltizam untuk mengukuhkan lagi hubungan istimewa dan erat sedia ada, Malaysia dan Brunei telah menyatakan komitmen untuk terus meneroka bidang kerjasama baharu yang dapat memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.

Semasa lawatan kerja itu, Mohamad dan rakan sejawatannya dari Brunei, Datuk Seri Setia Erywan Mohd Yusof mempengerusikan bersama EOL-25.

EOL merupakan dokumen yang ditandatangani oleh pemimpin kedua-dua negara pada 2009 yang menggariskan bidang keutamaan dalam hubungan dua hala.

“Kedua-dua pihak telah berbincang mengenai kemajuan yang telah dicapai sepanjang pelaksanaan Pertukaran Surat dan meneroka kerjasama baharu untuk terus meningkatkan hubungan kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.

Mengenai isu serantau dan antarabangsa, Kementerian Luar berkata Malaysia dan Brunei bersependapat bahawa perpaduan dalam ASEAN adalah amat penting untuk menjamin keamanan dan kemakmuran rantau Asia Tenggara.

“Brunei juga mengulangi sokongannya kepada Malaysia dalam usaha menjayakan Wawasan Komuniti ASEAN semasa Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan,” katanya lagi.

Mohamad dan Erywan merupakan tetamu kehormat pada majlis makan malam memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan Brunei.

Majlis itu turut dihadiri pembesar Brunei, pegawai kanan Kerajaan Brunei, dan Ketua Perwakilan Asing.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)