Masih kurang penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan – Nancy

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan masih ketinggalan walaupun bilangan golongan itu begitu ketara dalam populasi Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata menurut banci ekonomi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2016, daripada 920,624 perusahaan yang berdaftar di negara ini, hanya 20.3 peratus atau 187,265 perusahaan dimiliki wanita.

“Tumpuan kami jelas, iaitu mencapai 30 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) milik wanita. Bagi mencapai jumlah ini, kita perlu meneruskan program pembiayaan khas untuk wanita dengan memusatkan golongan itu dalam proses reka bentuk bagi memberikan mereka lebih akses kepada modal yang diperlukan dalam perniagaan.

“Oleh itu, kerajaan sentiasa komited menyediakan pembiayaan kepada wanita yang ingin memulakan perniagaan mereka sendiri,” katanya dalam ucapan pada pelancaran Strivers’ Hub: Bridging Digital Opportunities di sini hari ini.

Strivers’ Hub ialah portal digital sehenti baharu yang direka untuk memperluas peluang pertumbuhan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia, dengan tumpuan kepada perusahaan yang dimiliki atau diterajui wanita, menawarkan program peningkatan kemahiran digital, peluang bimbingan dan sumber penting untuk mengakses skim kewangan dan kredit.

Inisiatif itu ialah usaha kerjasama antara Mastercard Center for Inclusive Growth, The Asia Foundation dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita.

Sementara itu, dalam sidang media, Nancy mengumumkan bahawa KPWKM mencadangkan penubuhan Akademi Wanita, sebuah inisiatif bertujuan meningkatkan pemerkasaan ekonomi golongan itu di seluruh negara.

Akademi berkenaan katanya, yang merupakan antara hasrat kementerian dalam Belanjawan 2025, akan berfungsi sebagai hab pusat untuk wanita mengakses sumber, latihan dan sokongan bagi meningkatkan kebebasan kewangan dan menyumbang kepada keluarga dan masyarakat.

 “Semua berkaitan dengan ekonomi atau apa sahaja yang wanita ingin lakukan bagi manfaat keluarga mereka boleh difokuskan di akademi ini.

“Ia juga akan memastikan kita mempunyai tempat khusus untuk menjalankan program berkaitan,” katanya dan menambah akademi itu juga akan menjadi sistem sokongan kepada usahawan wanita. 

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Harga lantai padi diumumkan tengah hari ini

Pengumuman itu dijangka dibuat Mohamad pada sidang medianya di Parlimen.

Maybank tersenarai lagi antara 500 jenama paling berharga di dunia

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli juga menyumbang kepada pencapaian terbaik bank itu dengan menduduki tangga ke-85 dalam senarai 100 Penjaga Jenama Terbaik Brand Finance

Kerajaan akan ambil langkah atasi pencemaran sisa plastik – Nik Nazmi

Di bawah RMK13 kita sedang melihat sama ada boleh diadakan satu perundangan di peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik

Kepengerusian ASEAN : Persiapan Malaysia antara yang terbaik dan membanggakan – PM Anwar

Walaupun tidak semewah beberapa negara, tetapi tahap kecekapan, disiplin dan kerapian itu sangat membanggakan