Siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin tidak akan diganggu META – Fahmi

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Meta Platforms Inc (Meta) telah memberi jaminan kepada kerajaan bahawa siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil esok tidak akan diturunkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata jaminan tersebut telah diberikan oleh pegawai tertinggi Meta, bagi memastikan kelancaran siaran langsung tanpa sebarang gangguan bukan sahaja di platform media sosial pemimpin negara, tetapi juga oleh pihak media.

“Saya telah memberi penegasan dan amaran kepada pasukan Meta bahawa malam esok kita akan ada acara ini Himpunan Pembebasan Palestin, akan ada siaran secara langsung dan minta supaya mereka berikan kerjasama.

“Saya nak lihat mereka menterjemah untuk walk the talk dengan memastikan siaran bukan hanya di Facebook Perdana Menteri, tapi juga dalam kalangan rakan-rakan media tidak diganggu selama perhimpunan itu berjalan,” katanya.

Beliau berharap dengan jaminan itu, isu penurunan siaran langsung perhimpunan serupa yang dijalankan pada tahun lepas tidak berulang.

“Saya telah bercakap dengan pihak Meta dan memberi penegasan kita tidak (mahu) lihat perkara ini berlaku seperti sebelum ini,” katanya.

Selain itu, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pihak Meta juga akan memberi penjelasan berhubung isu penurunan hantaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh di platform media sosial, dalam satu pertemuan pada Isnin ini.

Beliau berharap pertemuan itu berjalan lancar kerana tidak mahu berlaku sebarang gangguan kepada siaran langsung termasuk di Facebook, TikTok dan platform media sosial lain akan berlaku pada masa hadapan terutamanya berkaitan Palestin.

“Ini kerana pihak Meta telah memaklumkan bagi ketua negara atau ketua kerajaan, menteri-menteri atau pegawai-pegawai memang diberikan satu pertimbangan yang khas bila membincangkan soal Palestin,” katanya.

Dalam laporan media sebelum ini, Fahmi menyatakan kekesalan kerajaan dengan tindakan penurunan hantaran oleh Perdana Menteri berhubung pembunuhan Haniyeh oleh pihak Meta dan telah memohon penjelasan bagi perkara itu.

Mengenai perhimpunan yang akan bermula pada 6 petang esok dan dihadiri oleh Anwar, Fahmi berkata kira-kira 20,000 orang dijangka hadir ke stadium tersebut.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)