Belanjawan 2025 : Belia harap isu rumah mampu milik jadi tumpuan

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Golongan belia berharap isu perumahan, insentif lain melibatkan kesihatan mental serta bantuan lain untuk menceburi bidang keusahawanan dapat diangkat dalam Belanjawan 2025.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata cadangan itu antara yang diutarakan belia dalam Majlis Libat Urus ‘Belanjawan 2025: Apa Belia Mahu?’ yang dianjurkan Kementerian Kewangan dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

“Kita ambil kesempatan untuk kumpul pandangan, idea dan saranan untuk diangkat ke peringkat lebih tinggi memandangkan sekarang ini kita dalam  proses penilaian belanjawan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan yang dihadiri lebih 200 belia, semalam.

Beliau berkata MBM mengumpul pandangan dan cadangan daripada golongan belia agar dapat dimurnikan dalam bentuk memorandum dan cadangan supaya dapat menghasilkan belanjawan lebih inklusif.

“Sudah pasti Belanjawan 2025, kita yakin dan percaya akan lebih banyak peruntukan diberikan kepada kelompok  belia untuk memastikan kebajikan mereka dapat dijaga dan diharapkan agar kerajaan dapat tawarkan lebih insentif untuk bantu pertingkatkan kualiti kehidupan golongan belia di negara kita. 

“(Seterusnya) untuk peringkat kementerian lain, itu akan dilaksanakan di kementerian masing-masing untuk mendapatkan maklum balas khusus, melibatkan bidang kuasa agensi serta jabatan yang berada di kementerian dan ia akan disusuli dalam tempoh sebulan ini,” katanya.

Wakil dari Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Nur Atika Hairi mencadangkan pembangunan pusat kesihatan mental serta subsidi untuk tujuan pemulihan bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan mental golongan belia.

“Trend kemurungan dan kesihatan mental dalam kalangan belia memang semakin meningkat kebelakangan ini. Faktor-faktor seperti tekanan akademik, masalah keluarga, media sosial, dan ekonomi memainkan peranan besar,” katanya.

Selain itu, beliau berkata penting untuk mempromosikan kesedaran tentang kesihatan mental dan menyediakan sokongan mencukupi termasuk mengurangkan stigma terhadap masalah kesihatan mental dan mempromosikan gaya hidup yang sihat.

Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Mohd Firdaus Baharuddin mencadangkan agar kerajaan mencontohi Skim Rumah Belia Melaka (RBM) yang telah diwujudkan di negeri Melaka bertujuan membantu golongan belia memiliki rumah pertama mereka.

“Setakat ini, terdapat beberapa program penjualan rumah mampu milik tetapi ia bukanlah atas platform belia, tetapi jikalau di RBM ini ia betul-betul disasarkan kepada kategori belia iaitu mereka yang baru sahaja memulakan kerjaya.

“Harga rumah RBM ini lebih kurang RM180,000, lebih mampu untuk dimiliki, jika dibandingkan dengan harga RM300,000 ke atas yang dikeluarkan syarikat pemaju sekarang,” katanya.

Belanjawan 2025 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Oktober ini bertemakan ‘Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...