RM384.49 juta alat ganti kapal TLDM yang tidak digunakan – LKAN

Date:

Share post:

SHAH ALAM: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) siri 2/2024 mengenal pasti terdapat alat ganti bagi urusan penyenggaraan kapal bernilai RM384.49 juta yang tidak digunakan dan boleh mengakibatkan berlakunya pembaziran.

Berdasarkan Perintah Angkatan Tentera Malaysia Jilid lll Bab 16, Ketua Setiausaha Kementerian bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan stor dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan di Kementerian, Jabatan dan ATM.

Bagaimanapun, semakan audit mendapati alat ganti dengan nilai tersebut yang berada di Depot Bekalan Armada Barat (DBAB) dan Depot Bekalan Armada Timur (DBAT) tidak digunakan.

“DBAB mempunyai 1.62 juta unit alat ganti bernilai RM381.69 juta yang tidak digunakan dan rekod pengeluaran terakhir adalah antara tahun 1969 hingga 2017.

“DBAT pula mempunyai 6,040 jenis alat ganti bernilai RM2.80 juta tidak digunakan dan rekod pengeluaran terakhir adalah antara tahun 2017 hingga 2021.

“Perkara ini berlaku antaranya disebabkan peralatan kapal telah ditukar kepada jenama lain menyebabkan alat ganti ini tidak lagi sesuai digunakan,” menurut laporan tersebut.

Selain itu, laporan berkenaan juga menyatakan berlaku kerosakan pada panel monitor Automated Warehouse and Retrieval System (AWRS) sejak bulan Oktober 2021.

Perkara tersebut turut menyebabkan alat ganti tidak digunakan apabila urusan menaik atau menurunkan alat ganti dari tempat simpanan tidak boleh dilakukan.

Sehubungan itu, LKAN mengeluarkan syor agar Kementerian Pertahanan dan TLDM memastikan Program Transformasi TLDM#15to5 di bawah RMKe-12 dan seterusnya dilaksanakan mengikut perancangan supaya sasaran pegangan kapal menjelang tahun 2050 dapat dicapai dan kesiagaan TLDM sentiasa berada di tahap yang tertinggi.

“TLDM perlu memastikan penyenggaraan kapal dilaksanakan mengikut jadual dengan keperluan sumber kewangan yang mencukupi supaya kapal sentiasa berada dalam tahap kesiagaan yang ditetapkan.

“TLDM hendaklah menyediakan pelan tindakan terhadap stok alat ganti yang tidak digunakan supaya dapat dimanfaatkan sewajarnya bagi mengelakkan berlakunya pembaziran,”

-Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...