Bank rakyat tawar moratorium kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menawarkan bantuan khas banjir merangkumi kemudahan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan, individu dan perniagaan yang terjejas bencana banjir di Sabah membabitkan empat daerah termasuk Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman dalam satu kenyataan berkata, sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang prihatin, Bank Rakyat terpanggil untuk mengurangkan bebanan dan kesulitan yang dihadapi pelanggannya.

Katanya, Bank Rakyat juga berharap agar kemudahan moratorium ini mampu memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.

“Langkah proaktif yang diambil oleh Bank Rakyat ini amat bertepatan dengan nilai keprihatinan dan ihsan dalam konsep Malaysia Madani bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dan komitmen yang ditanggung pelanggan dalam waktu yang mencabar ini.

“Pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk membuat ansuran bayaran pembiayaan bagi produk yang dilanggan boleh memohon bantuan moratorium ini. 

“Ini termasuk produk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i,Pembiayaan Mikro-i dan Pajak Gadai-i,” katanya.

Mohammad Hanis berkata, pelanggan yang terjejas boleh memohon menerusi e-mel bantuanbanjir@bankrakyat.com.my dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan serta salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan. 

“Pelanggan perniagaan juga boleh terus mengunjungi Pusat Perbankan Perniagaan (BBC)berhampiran bagi mendapatkan bantuan. 

“Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 800 800 dan mengunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat (SB) yang berdekatan selain mengikuti media sosial rasmi Bank Rakyat bagi mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Politik Fitnah dan Penyalahgunaan Agama: Luka yang Memudaratkan Bangsa

Politik, ibarat api dalam unggun, seharusnya memberikan cahaya yang menerangi dan kehangatan yang menghidupkan. Namun, apabila ia tidak...

2025 : Tahun untuk Sabah meneruskan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat

Kita akan meneruskan momentum ini dan memberi tumpuan kepada tiga tonggak utama di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk pertumbuhan ekonomi negeri ini iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan

Perkara baharu yang akan berkuatkuasa 1 Jan 2025

menyaksikan pelaksanaan beberapa perkembangan penting yang memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada kehidupan peribadi dan negara

Setinggi-tinggi terima kasih kepada Tun Juhar atas kepimpinan yang cemerlang

Rakyat Sabah tidak kira bangsa, budaya, agama dan kepercayaan sentiasa menunjukkan kasih sayang dan keprihatinan mereka kepada Tuan Yang Terutama Tun dan isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Norlidah Tan Sri R M Jasni dalam semua program awam yang mereka jayakan