PADU teras utama dalam manifesto Cikgu Joo di Sungai Bakap

Date:

Share post:

NIBONG TEBAL: Minggu kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dimanfaatkan sepenuhnya oleh calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin untuk memperjelaskan iltizam beliau yang dilancarkan malam tadi.

Joohari, 60, yang mesra disapa Cikgu Joo berkata ini penting bagi memastikan pengundi memahami harapan dan hasrat yang hendak dibawa oleh beliau kepada masyarakat di Sungai Bakap, sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat pada 6 Julai nanti.

“Saya nak yakinkan bahawa apa yang digariskan dalam manifesto itu bukan sesuatu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan.

“Kalau (saya) dilantik di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), inilah wakil rakyat yang sealiran dengan peringkat negeri dan Persekutuan dan banyak yang boleh dilakukan,” katanya ditemui selepas melancarkan iltizam PRK DUN Sungai Bakap di Taman Tasek Indah Simpang Ampat, malam tadi.

Bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu menggariskan empat teras utama dalam iltizam atau manifesto bagi PRK berkenaan yang diambil daripada perkataan per-P.A.D.U-an iaitu P – Prasarana dan Progresif; A – Akhlak, Akademik Anak Muda; D – Damai; dan U – Untuk Semua.

Joohari memberikan keyakinan bahawa apa yang digariskan dalam iltizam itu akan sedaya upaya dilaksanakan namun ia bukanlah dapat diselesaikan dalam masa satu atau dua minggu.

“Tapi saya yakin insya-Allah saya dapat laksanakan sepanjang satu bulan. Berilah masa sebab projek-projek besar melibatkan banyak peringkat bukan setakat DUN tapi juga negeri dan Pusat jadi ia berfasa,” katanya.

Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam pertembungan satu lawan satu pada PRK DUN Sungai Bakap 6 Julai ini, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia dijangka sekitar 4.9 peratus tahun 2025 – KSI

Penggunaan awam dijangka berkembang lebih pantas, mencerminkan peningkatan perbelanjaan mengurus daripada Belanjawan 2025

Calon SPM berdepan masalah bencana segera hubungi sekolah,JPN

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah bersiap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk musim banjir sepanjang SPM berlangsung

Berakhirnya Generasi Alpha dan Generasi Beta bermula

generasi Beta atau Gen Beta adalah golongan kanak-kanak yang lahir di antara 1 Januari 2025 sehingga tahun 2039

Politik Fitnah dan Penyalahgunaan Agama: Luka yang Memudaratkan Bangsa

Politik, ibarat api dalam unggun, seharusnya memberikan cahaya yang menerangi dan kehangatan yang menghidupkan. Namun, apabila ia tidak...