SPRM perinci mekanisme lapor rasuah dan salah guna kuasa kakitangan awam

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membincangkan kaedah dalam mekanisme pelaporan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam perkhidmatan awam, bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata mekanisme itu perlu diperincikan kerana ia membabitkan pelbagai peringkat dalam perkhidmatan awam.

“Kita akan berbincang dahulu dengan JPA dan KSN untuk melihat kaedah dalam mekanisme pelaporan ini kerana bawah undang-undang, khususnya Akta SPRM, ia menjadi kewajipan (untuk melaporkan salah laku dan rasuah). Ini boleh menyebabkan (penjawat awam) dibuang kerja sekiranya didapati bersalah.

“Itu undang-undang tetapi dalam rancangan sekarang, kita perlu berbincang dengan JPA dan KSN terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku ‘The Sin Of Corruption – A Religious Perspective’, di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika menyampaikan amanat pada perhimpunan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, Isnin lalu, mahu supaya tiada kenaikan pangkat bagi ketua jabatan jika wujud salah laku serta amalan rasuah penjawat awam di bawahnya dan tidak dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...