Joohari Ariffin calon Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Sungai Bakap

Date:

Share post:

NIBONG TEBAL: Bekas Pengarah Insitut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Joohari Ariffin, 60, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) diumum sebagai calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

Pengumuman dibuat Pengarah Pilihan Raya Perpaduan yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, pada majlis pengumuman calon Perpaduan di Simpang Ampat, Nibong Tebal malam tadi.

Pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dari Universiti Sains Malaysia itu dipilih sebulat suara oleh pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga bekas guru itu dipilih kerana berpengalaman luas dalam bidang latihan kepimpinan dan pengurusan pentadbiran dalam pendidikan.

Selain itu, beliau juga yang berkhidmat sebagai Pengerusi Masjid Seri Empangan Parit Buntar, Perak aktif dalam kerja-kerja amal dan kemasyarakatan dikenali sebahagian ibu bapa dan pelajar, guru serta penjawat awam di sekitar DUN Sungai Bakap.

Turut hadir pada majlis tersebut,Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Wanita Keadilan Fadhlina Sidek; dan barisan pimpinan negeri yang lain.

Sebelum ini, PKR menyenaraikan lima nama yang akan dipilih bagi mewakili itu antaranya bekas calon PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN ) lepas, Nurhidayah Che Rose dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap 2018-2023 merangkap Ketua Cabang PKR Nibong Tebal, Datuk Amar Pritpal Abdullah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap bakal diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...