GAZA: Tentera Israel menceroboh lebih dalam ke Jabalia di utara Gaza, menyerang sebuah hospital dan memusnahkan kawasan kediaman dengan kereta kebal pada Selasa.
Serangan udara Israel pula membunuh sekurang-kurangnya lima orang di Rafah, selatan Gaza.
Serangan serentak Israel di pinggir utara dan selatan Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin meninggalkan rumah mereka.
Serangan Israel juga mengehadkan aliran bantuan secara mendadak sekaligus meningkatkan risiko kebuluran.
Di Jabalia, tentera Israel menggunakan jentolak untuk meranapkan kedai dan harta benda berhampiran pasar tempatan dalam operasi ketenteraan yang bermula hampir dua minggu lalu.
Dalam rangkuman aktivitinya, tentera Israel mendakwa telah membongkar “kira-kira 70 sasaran Hamas” di seluruh Semenanjung Gaza, termasuk kompaun tentera, tapak penyimpanan senjata, pelancar peluru berpandu dan pos pemerhatian.
Lebih 35,000 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang di Gaza, yang kini memasuki bulan kelapan.
Sekurang-kurangnya 10,000 yang lain hilang dan dipercayai terperangkap di bawah bangunan yang musnah.
Peperangan telah memusnahkan kawasan pinggir pantai yang penuh sesak, memusnahkan rumah, sekolah dan hospital serta mewujudkan krisis kemanusiaan yang teruk.