Kunjungan ke tiga negara Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion

Date:

Share post:

Kuala Lumpur: Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasil lawatan rasmi ini yang telah membuka lembaran baharu dalam hubungan antara Malaysia dengan negara-negara di benua Asia Tengah,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau memulakan kunjungan ke Kyrgyzstan pada 14 Mei, diikuti Kazakhstan dan Uzbekistan.

Kyrgystan and Uzbekistan adalah negara yang dikelilingi daratan.

Kazakhstan merupakan negara kesembilan terbesar di dunia, ia bersempadan dengan Rusia di utara, Laut Caspian di barat daya; Turkmenistan, Uzbekistan dan Kyrgyztan di selatan, dan China di timur.

Tiga negara itu adalah negara bekas Kesatuan Soviet.

“Alhamdulillah, lawatan rasmi saya ke Uzbekistan telah berjaya mengangkat hubungan dua hala, pelaburan, perdagangan serta kerjasama Malaysia-Uzbekistan ke tahap lebih tinggi dengan potensi eksport sekurang-kurangnya RM710 juta telah termeterai.

“Penghujung kunjungan di Uzbekistan juga menutup tirai lawatan rasmi saya ke tiga negara Asia Tengah, bermula di Kyrgyzstan pada Selasa lalu, disusuli Kazakhstan pada Khamis,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau sempat makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri Pertama Uzbekistan, Achilbay Jumaniazovich Ramatov dan pimpinan lain tidak jauh dari Kompleks Kalon Minaret sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Sebelum berangkat ke lapangan terbang, pimpinan Kerajaan Uzbekistan menghadiahkan sepersalinan pakaian tradisi rasmi khusus buat pemimpin tertinggi Bukhara dikenali sebagai ‘Chapan Bukhara’.

“Achilbay dan Penasihat Kepada Presiden Uzbekistan, Muzaffar Komilov kemudian mengiringi saya dan delegasi Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bukhara.”

“Saya zahirkan ucapan penghargaan tertinggi atas layanan luar biasa sepanjang kami berada di Uzbekistan sejak Jumaat lalu. Berat hati untuk melangkah meninggalkan Uzbekistan selepas hubungan erat yang terjalin meskipun hanya dalam tempoh singkat,” kata beliau lagi.

Perdana Menteri berkata beliau juga amat menghargai hubungan persahabatan yang telah terjalin dengan Presiden Shavkat.

“Terima kasih atas keikhlasan yang dihulurkan sepanjang pertemuan dan perbincangan kami,” kata beliau.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1092322/kunjungan-ke-tiga-negara-asia-tengah-jana-potensi-pelaburan-perdagangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Belanjawan 2025 peluang kerajaan untuk teruskan usaha reformasi ekonomi

Kerajaan telah memulakan langkah reformasi ini dengan memperkenalkan pendekatan berani, seperti pelaksanaan dasar pengapungan harga diesel, yang dijangka akan diteruskan pada tahun hadapan

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri