Sektor swasta perlu contohi langkah kerajaan naikkan gaji – Anwar

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sektor swasta dapat mencontohi langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam seperti diumumkannya hari ini.

Perdana Menteri berkata, ada pihak swasta yang mencatatkan keuntungan berganda hasil daripada produktiviti dan pengorbanan pekerja mereka.

“Ini sebagai langkah permulaan, pihak swasta (diharap dapat) meningkatkan gaji pekerja mereka.

“Ada syarikat besar yang mencatat keuntungan berganda daripada produktiviti (pekerja). Apa salahnya kalau syarikat untung berjuta bagilah sedikit kepada pekerja,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Sambutan Hari Pekerja 2024 bertemakan Pekerja Kesuma Bangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PDRM mahu bina PULAPOL serba moden di Sabah

PDRM dalam rancangan jangka panjang akan memindahkan PULAPOL Kota Kinabalu ke satu kawasan di Tuaran yang mana tapak bagi pembinaannya sudah dikenal pasti dan kita hanya menunggu bajet dari kerajaan bagi merealisasikan rancangan ini

JAKIM pertimbang cadangan untuk wajibkan sijil halal bagi restoran

Apabila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal, beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda

Kerajaan Sabah tubuh Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan

Keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa khas ini adalah disebabkan oleh kes-kes meluas kanak-kanak yang dilahirkan di Sabah tanpa dokumen dan kad pengenalan (IC) yang menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, perkara ini disebabkan oleh kecuaian ibu bapa mereka

Keunikan Sabah dari sudut perpaduan perlu dipertahankan

Ini adalah aset yang sangat penting khususnya di Sabah dan hasil kepelbagaian ini lah yang menyumbang dalam membangunkan negeri ini serta turut membantu dalam mengekalkan keamanan