Anwar bertemu PM Jordan, tekankan kepentingan iktiraf Palestin di PBB

Date:

Share post:

RIYADH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di sini hari ini.

Pada pertemuan itu, yang bermula pada 2.05 petang waktu tempatan dan berlangsung kira-kira 20 minit, beliau turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.

Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan Malaysia buat Jordan yang memainkan peranan penting dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada warga Palestin.

Pada 19 April lepas, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto bagi menolak usul PBB untuk mengiktiraf negara Palestin dalam pengundian Majlis Keselamatan PBB (UNSC) sekali gus menafikan keahlian penuh Palestin dalam badan dunia itu.

Menyentuh mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara, Anwar menzahirkan penghargaan atas jemputan Raja Jordan Raja Abdullah II untuk berkunjung ke negara itu pada tahun ini.

Beliau turut mengulangi hasrat untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama Pertama pada 2025 yang tertangguh sejak 2020 akibat pandemik COVID-19.

Kedua-dua pihak bersetuju mengembangkan kerjasama dalam pelbagai bidang khususnya perdagangan dua hala yang kini bernilai AS$263 juta (RM1.25 bilion).

Bagi sektor pelancongan, Malaysia mencadangkan memorandum persefahaman baharu dimeterai dalam kerjasama membabitkan kebudayaan, kesenian dan warisan.

Kedua-dua pemimpin juga bersetuju meneroka kerjasama dalam penyediaan perkhidmatan pembiayaan perdagangan Islam selain kerjasama membabitkan kepakaran syariah, kajian dan undang-undang perbankan untuk meneroka bidang baharu seperti inovasi, fintech atau teknologi kewangan serta kemampanan.

Malaysia dan Jordan turut bersetuju memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan.

Kedua-dua pemimpin juga membincangkan beberapa perkara antaranya bidang pendidikan, perdagangan, pelaburan, pelancongan, pertahanan, perbankan Islam dan kesihatan.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri

Trend pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan menurun kepada 7.5 peratus

Pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM112.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 adalah lebih rendah berbanding RM128 bilion bagi tempoh sama pada 2023