Malaysia jadi destinasi pelaburan dunia kerana kestabilan politik – PM

Date:

Share post:

MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini menjadi perhatian dunia sebagai destinasi pelaburan unggul berikutan kestabilan politik dan dasar ekonomi yang jelas.

Anwar berkata dasar-dasar seperti Transformasi Digital, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NTER) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 membantu pelabur melihat kekuatan yang ada pada negara.

Malaysia sekarang dengan pelaburan (seperti) Infineon, Nvidia dan puluhan lagi, memerlukan 30,000 jurutera yang tak dapat kita isi sepenuhnya.

“Maka, tumpuan ibu bapa dan anak-anak Melayu mestilah di lapangan sains dan matematik dan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) yang diusahakan secara gigih oleh (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri (Ahmad) Zahid (Hamidi) untuk meningkatkan keupayaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini malam ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Justeru, Anwar menyeru semua pihak di seluruh peringkat agar dapat melakukan perubahan sikap dan minda bagi mengelakkan negara terus ketinggalan daripada pelbagai segi.

“Saya benar-benar mengharapkan ada perubahan sikap dan minda … kalau tidak, kita akan ketinggalan kerana kita bertempur dalam hal-hal yang titik bengik (remeh), berlarutan bergaduh dalam hal-hal kecil, meninggalkan hal pokok dan kita akan ketinggalan bukan sahaja dalam kalangan kaum yang bersaing tapi juga negara-negara maju.

“Saya tak mahu rakyat kita tertinggal kerana bergelut dalam hal-hal yang remeh dan kita akan tewas dan kalah dalam persaingan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan berhasrat untuk menubuhkan fakulti baharu berteraskan kecerdasan buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hasil pertemuannya dengan sebuah syarikat berpangkalan di Taiwan sebelum ini.

sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PDRM mahu bina PULAPOL serba moden di Sabah

PDRM dalam rancangan jangka panjang akan memindahkan PULAPOL Kota Kinabalu ke satu kawasan di Tuaran yang mana tapak bagi pembinaannya sudah dikenal pasti dan kita hanya menunggu bajet dari kerajaan bagi merealisasikan rancangan ini

JAKIM pertimbang cadangan untuk wajibkan sijil halal bagi restoran

Apabila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal, beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda

Kerajaan Sabah tubuh Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan

Keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa khas ini adalah disebabkan oleh kes-kes meluas kanak-kanak yang dilahirkan di Sabah tanpa dokumen dan kad pengenalan (IC) yang menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, perkara ini disebabkan oleh kecuaian ibu bapa mereka

Keunikan Sabah dari sudut perpaduan perlu dipertahankan

Ini adalah aset yang sangat penting khususnya di Sabah dan hasil kepelbagaian ini lah yang menyumbang dalam membangunkan negeri ini serta turut membantu dalam mengekalkan keamanan