Perjumpaan Khas bersama Anwar bagi selesai kemelut MPN Sabah

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bagi menghadiri perjumpaan khas Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini.

Beliau yang tiba pada tepat jam 8.30 pagi untuk mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini.

Turut hadir, Pengerusi MPN Sabah, Datuk Sangkar Rasam; Naib Presiden PKR, Awang Husaini Sahari; Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek; Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil; dan ketua-ketua cabang termasuk Ketua Cabang Kota Kinabalu Datuk Christina Liew, Ketua Cabang Kota Belud Datuk Mustapha Sakmud, Ketua Cabang Sepanggar, Peto Galim dan lain-lain.

Sebelum ini, Sangkar diminta berundur daripada jawatannya selepas 15 ketua cabang menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menolak kepimpinan beliau sebagai Pengerusi MPN Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...