PM Anwar terima kunjungan hormat Prabowo

Date:

Share post:

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, menerima kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto.

Prabowo tiba di Perdana Putra pada 9 pagi, yang sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari beliau ke Malaysia.

Ini lawatan pertama beliau ke negara ini selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.

Semalam, pesawat khas yang membawa Prabowo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara Subang, pada 10.15 malam.

Beliau turut dijadual menghadiri mesyuarat tertutup bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Kuala Lumpur, hari ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1077080/pm-anwar-terima-kunjungan-hormat-prabowo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri

Trend pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan menurun kepada 7.5 peratus

Pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM112.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 adalah lebih rendah berbanding RM128 bilion bagi tempoh sama pada 2023