Kerajaan umum bantuan khas bersasar buat peneroka Felda

Date:

Share post:

Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang berpendapatan RM1,000 ke bawah bakal menerima bantuan khas bersasar RM300 bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan perkara itu berkata, bantuan kepada setiap peneroka di 317 Tanah Rancangan Felda seluruh negara itu akan disalurkan sebelum sambutan perayaan.

“Peneroka berpendapatan RM1,000 ke bawah dan peneroka yang berpendapatan RM1,001-RM2,000 pula akan mendapat penangguhan potongan hutang (tidak termasuk Kos Operasi Ladang) untuk hasil bulan Mac,” katanya dipetik di Majlis Santunan Kasih Ramadan 1445H di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda di Sungkai pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut memaklumkan, pihak kementerian telah meluluskan projek membina jalan dari Felda Trolak Selatan ke pekan Trolak, Muallim pada tahun lalu dengan kos RM35 juta.

Ketika ini projek di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB) ini sedang dalam peringkat rekabentuk dan dijangka ditender pada Oktober 2024.

“Skop projek ini adalah membina jalan sepanjang 2.3 kilometer (km) dengan spesifikasi JKR R1. Agensi pelaksana projek ini adalah Jabatan Kerja Raya dan bakal memberi manfaat kepada penduduk di Felda Trolak dengan menjimatkan masa perjalanan ke pekan Trolak dari 30 minit kepada 10 minit sahaja,” katanya.

Bagi peluang pendidikan generasi Felda, Majlis TVET Negara diarahkan untuk menyelaraskan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) khususnya TVET Generik dan TVET Aras Tinggi bagi meningkatkan kemahiran dan menjana pendapatan.

“Ini termasuk tawaran kursus oleh Institusi TVET Awam seperti GiatMARA, Akademi Binaan Malaysia, Institut Latihan Perindustrian, Kolej Yayasan Felda dan Kolej Komuniti.

“TVET Generik merangkumi skop kursus seperti eknologi Mekanisasi Ladang, bidang pertanian dan penternakan, teknologi kimpalan dan pendawaian, manakala TVET Aras Tinggi seperti Teknologi Aeroangkasa, Digital, Rel, EV (kenderaan elektrik) dan Mikroelektronik (Chip Design),” tambah beliau.

Sumber:https://www.suarakeadilan.my/post/kerajaan-umum-bantuan-khas-bersasar-buat-peneroka-felda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...