Bekalan dan harga ayam stabil – Mohamad Sabu

Date:

Share post:

Kuala Lumpur: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan harga ayam yang dijual di pasaran adalah stabil.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia adalah hasil pemantauan dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) yang dibuat secara bulanan.

“Bekalan ayam juga pada masa kini adalah stabil dan faktor ini turut menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) sama ada harga ayam naik mendadak atau menghadapi kekurangan bekalan di pasaran selepas pemansuhan subsidi dan kawalan harga.

Sim juga ingin mengetahui sama ada subsidi telur gred A, B dan C akan diteruskan, atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, purata harga ayam di ladang yang direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia pada November tahun lalu, ialah RM5.85 sekilogram dan Disember 2023 pula RM6.39 sekilogram.

Bagi Januari 2024 katanya, purata harga ayam adalah RM6.13 sekilogram dan pada Februari 2024 adalah RM6.03 sekilogram.

Dalam pada itu katanya, kerajaan berpandangan subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A, B dan C diteruskan dengan menggunakan mekanisme sedia ada.

“Sebarang perubahan dasar akan mengambil kira semua faktor khususnya trend bekalan semasa.

“Kerajaan akan sentiasa memantau pengeluaran di peringkat ladang bagi memastikan bekalan telur mencukupi, khususnya ketika musim perayaan.

“Kerajaan juga akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan bekalan telur di ladang berada dalam keadaan stabil dan tidak membebankan rakyat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

𝐉𝐢𝐡𝐚𝐝 𝐋𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐢𝐭𝐧𝐚𝐡: 𝐒𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧

Di tengah riuh rendah pentas politik, kata-kata menjadi senjata. Ada yang menusuk hati, ada yang membangkit semangat, dan...

Jangkaan hujan, ribut petir pada pagi sambutan Krismas melibatkan empat negeri – MetMalaysia

MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca menerusi Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih

Ekonomi Malaysia kekalkan pertumbuhan kukuh berkembang 5.2 peratus suku ketiga 2024 – DOSM

Sehubungan itu, ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh untuk pembangunan yang berterusan sepanjang tahun 2024

Perlu akta khusus bagi mengawal caj hospital swasta – Sim Tze Tzin

kebanyakan hospital swasta juga memperoleh keuntungan yang signifikan sehingga mencecah bilion ringgit. Justeru, jelasnya, tiada alasan untuk hospital swasta meningkatkan caj perkhidmatan