Aktivis AS, Shaun King peluk Islam

Date:

Share post:

TEXAS – Penulis yang juga aktivis kemanusiaan dari Amerika Syarikat (AS), Shaun King dan isterinya, Rai King telah memeluk agama Islam pada hari pertama Ramadan lalu.

Shaun yang cukup dikenali dengan kelantangannya berbicara tentang isu yang berlaku di Semenanjung Gaza telah melafaz syahadah bersama isterinya bersaksikan Imam Omar Suleiman.

Kisah Shaun memeluk Islam tersebar luas di seluruh dunia apabila Profesor Khaled Beydoun melakukan siaran langsung ketika sesi melafaz kalimah syahadah berlangsung di sebuah masjid di Texas.

“Saya tidak tahu bahawa saya akan berada di sini (Texas) hari ini tanpa penderitaan dan kesakitan dan trauma selama enam bulan lalu yang kita lihat di Gaza,” kata Shaun.

Selepas melafazkan syahadah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, Shaun dilihat menyerahkan mikrofon kepada isterinya yang tampil sopan mengenakan hijab rona hijau lumut dan berpakaian menutup aurat.

Selain lantang mengenai isu yang terjadi di Gaza, Shaun yang pernah menjadi paderi pada tahun 2008, turut terkenal dengan advokasinya dalam pergerakan Black Lives Matter (BLM).

Menerusi satu hantaran di Instagram, Rai berkongsi tentang bagaimana dia boleh terbuka hati untuk memeluk agama suci ALLAH itu bersama suaminya.

“Selepas membaca dan mengkaji untuk diri saya sendiri sejak beberapa tahun lalu, saya percaya dan yakin Islam adalah agama teragung,” ujarnya.

Shaun yang kini berusia 44 tahun berkahwin dengan Rai sejak 2001 dan mereka memiliki lima orang cahaya mata. – Agensi

Sumber:https://www.sinarharian.com.my/article/654352/global/aktivis-as-shaun-king-peluk-islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

AirAsia menyasarkan 5 juta tetamu diterbangkan ke Sabah tahun ini

Penambahbaikan ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan 35 peratus dalam jumlah penerbangan kepada lebih 51,500 penerbangan setahun serta pertumbuhan 43 peratus dalam kapasiti tempat duduk kepada 9.8 juta tempat duduk setahu

PM Anwar tiba di London untuk lawatan kerja selama lima hari

Mereka juga dijangka membincangkan perkara berkaitan pendidikan tinggi, perubahan iklim dan tenaga boleh dibaharui, agrokomoditi dan pelancongan

Bantuan SARA dan STR mula diagih esok, peruntukan tertinggi dalam sejarah

Menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi yang menghidupkan kerangka Ekonomi MADANI, penyusunan semula kewangan Kerajaan ini memastikan hasilnya dapat memanfaatkan rakyat terbanyak

496,541 pelajar akan terima BAP di seluruh Sabah

Diingatkan juga kepada semua pengetua dan guru besar, tiada sebarang potongan atau kutipan bayaran diambil daripada BAP ini. KPM berharap maklumat ini jelas dan difahami