Menu Rahmah perlu diperluas hingga ke Sabah, bantu rakyat kurangkan kenaikan kos sara hidup

Date:

Share post:

KOTA KINABALU – Parti Warisan (Warisan) memuji inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan Persekutuan dan menggesa kerajaan Sabah yang dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) supaya memperluas inisiatif itu ke negeri berkenaan.

Naib Presiden Warisan Datuk Junz Wong berkata Menu Rahmah ialah satu inisiatif yang bagus diperkenalkan kerajaan Persekutuan bagi menawarkan lebih banyak pilihan tempat makan selain mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

“Inisiatif ini menerima maklum balas yang bagus di Semenanjung Malaysia, malah rakyat daripada golongan M40 dan T40 juga membanjiri kedai yang menyertai usaha ini untuk menikmati makan tengah hari pada harga hanya RM5.

“Berapa kerap anda mendengar sepinggan hidangan berharga RM5 pada masa ini? Menu nasi bajet pun harganya lebih daripada itu.

“Tetapi malangnya inisiatif ini hampir tidak didengar atau dilihat di Sabah walaupun kos harga makanan di kedai di Sabah lebih tinggi dari Semenanjung Malaysia. Saya rasa rakyat Sabah pastinya ingin menikmati makan tengah hari dengan harga hanya RM5,” kata Ahli Dewan Undangan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru itu dalam kenyataan di sini semalam.

Wong berkata terdapat banyak cara kerajaan negeri boleh menyokong seterusnya memperluas inisiatif ini, sebagai contoh, menawarkan insentif seperti diskaun atau pengecualian lesen perniagaan, bayaran penilaian dan sebagainya untuk menggalakkan premis perniagaan makanan tempatan di Sabah menyertai inisiatif itu.

Selasa lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Menu Rahmah yang menawarkan hidangan makan tengah hari atau makan malam berharga RM5 sepinggan di 15,000 premis menjual makanan yang menyertainya di seluruh negara.

Menu itu terdiri daripada hidangan seimbang yang merangkumi nasi putih, satu pilihan protein sama ada ayam atau ikan, dan sayur yang ditawarkan kepada mereka yang terjejas akibat kenaikan kos sara hidup ketika ini.

BACA JUGA:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Jangkaan hujan, ribut petir pada pagi sambutan Krismas melibatkan empat negeri – MetMalaysia

MetMalaysia mengingatkan orang ramai untuk merancang perjalanan dan aktiviti, serta muat turun aplikasi myCuaca menerusi Google Play dan App Store untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih

Ekonomi Malaysia kekalkan pertumbuhan kukuh berkembang 5.2 peratus suku ketiga 2024 – DOSM

Sehubungan itu, ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh untuk pembangunan yang berterusan sepanjang tahun 2024

Perlu akta khusus bagi mengawal caj hospital swasta – Sim Tze Tzin

kebanyakan hospital swasta juga memperoleh keuntungan yang signifikan sehingga mencecah bilion ringgit. Justeru, jelasnya, tiada alasan untuk hospital swasta meningkatkan caj perkhidmatan

Pelantikan Musa Aman sebagai TYT harus disokong dan bukannya dipertikai – LOTUD

Musa bukan sekadar seorang pemimpin politik, tetapi seorang negarawan yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan, integriti dan kepentingan rakyat Sabah