Air nira pilihan masyarakat setempat sebagai minuman berbuka puasa

Date:

MARANG: Air tuak atau nira campuran kelapa pandan, matag dan wangi menjadi pilihan masyarakat tempatan sebagai minuman berbuka puasa.

Air campuran tiga jenis kelapa itu sekali gus menjadikan pengusaha, Ismail Sulaiman, 65, daripada Kampung Batu Putih di sini, tidak menang tangan untuk memenuhi tempahan lebih 1,500 hingga 2,000 liter sepanjang Ramadan.

Ismail berkata, dia sudah menerima tempahan air berkenaan daripada peniaga minuman sejak pertengahan bulan lalu.

“Namun, kita terpaksa menolak semua tempahan, berikutan masalah kesihatan termasuk tidak larat untuk memanjat pokok kelapa bagi kerja memotong mayang kelapa.

“Kita hanya mampu memenuhi permintaan pelanggan antara 250 liter dan 700 liter sehari,” katanya ketika ditemui di kebun kelapanya, hari ini.

Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Pok Sir yang mengusahakan air nira kelapa sejak 2010 berkata, idea mencampurkan air tiga jenis kelapa tercetus pada Disember lalu.

“Ada beberapa pelanggannya meminum baki dalam botol selepas proses pengambilan daripada mayang kelapa.

“Kebiasaannya kita mengasingkan air nira diambil daripada pokok kelapa pandan, matag dan wangi.

“Beberapa pelanggan tetap yang datang ke kebun untuk membuat tempahan awal biasanya akan minum air tuak yang baru diturunkan daripada pokok kelapa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, seorang pelanggan tetapnya mencampurkan baki tuak daripada tiga jenis kelapa pada satu gelas.

“Adunan campuran tuak daripada kelapa pandan, matag dan wangi lebih kini mendapat tempahan berbanding hanya tuak kelapa pandan.

“Kita tidak mencampurkan bahan manisan lain termasuk ibu gula,

sebaliknya hanya beberapa keping kayu cengal dimasukkan ke dalam botol sebelum proses pengambilan air tuak bagi mengelakkan cepat masam dan rosak,” katanya.

Ismail berkata, rutin harian sepanjang bulan puasa adalah memungut botol mengandungi air nira dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang yang akan diambil terus pelanggan tetap setiap hari.

“Proses pengambilan air nira pokok kelapa pandan, matag dan wangi setinggi antara dua dan lima meter dilakukan pada jam 7 pagi, manakala pada sebelah petang dilakukan kira-kira jam 6 petang,” katanya.

Ismail berkata, air tuak yang dipungut akan melalui proses tapisan mengasingkan habuk mayang kelapa sebelum dijual kepada pelanggan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version