Pelancaran kilang baharu pembotolan air milik Jetama Sdn Bhd

Date:

KOTA KINABALU: Jetama Sdn Bhd peneraju dalam pengurusan air minuman berkualiti mengumumkan pembukaan kilang pembotolan air terbaharu di sini.

Pengerusi Jetama Sdn Bhd, Datuk Yussof Manan berkata, pembukaan kilang air botol ini bukan sahaja menandakan satu pencapaian besar bagi syarikat, tetapi juga menjadikan Jetama Sdn Bhd sebagai syarikat Government Link Company (GLC) pertama di Sabah yang telah membuka kilang pemprosesan air botol. 

“Langkah penting ini semestinya akan mengukuhkan lagi komitmen Jetama untuk menyediakan air minuman berkualiti tinggi kepada komuniti serta memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat dengan lebih efisien dan mampan. 

“Inilah satu lagi contoh bagaimana Jetama terus memimpin industri, mencipta sejarah, dan memperkasa ekonomi tempatan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata, kilang itu dilengkapi dengan teknologi terkini dan proses pengeluaran yang mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam memastikan setiap botol air yang dihasilkan bukan sahaja bersih dan selamat, tetapi juga memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan di seluruh negara. 

Menurutnya, dengan pengeluaran yang lebih efisien dan kapasiti yang lebih besar, Jetama Sdn Bhd berazam untuk memperluas rangkaian pengedaran dan menyediakan produk yang dipercayai oleh pengguna.

Selain itu katanya, acara pembukaan kilang botol Jetama turut diserikan dengan sambutan Tahun Baharu Cina. 

“Majlis ini disambut dengan meriah, menggambarkan perpaduan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Jetama. 

“Pembukaan kilang pembotolan ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk terus memberi perkhidmatan terbaik dalam pengurusan air minuman yang berkualiti tinggi. 

“Kami percaya ini akan memberi impak positif bukan hanya kepada ekonomi tempatan, tetapi juga kepada masyarakat di sekitarnya,” katanya.

Beliau memberikan jaminan kilang berkenaan akan beroperasi dengan mengutamakan keselamatan dan kelestarian alam sekitar, selaras dengan misi syarikat untuk memastikan kebersihan dan keselamatan setiap produk yang dikeluarkan. 

Selain itu katanya, langkah-langkah keselamatan dan pematuhan terhadap peraturan tempatan akan terus diutamakan bagi menjamin kesejahteraan pelanggan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version