Pilih agensi umrah berlesen serta memiliki rekod dan prestasi yang baik – Dr Mohd Na’im

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Agensi umrah disaran membuat perancangan sebaiknya supaya tidak timbul isu tidak diingini membabitkan jemaah tidak berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan di Tanah Suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pengendali untuk memenuhi ‘perjanjian’ yang dipersetujui dengan penuh amanah.

“Saya ingin nasihatkan kepada syarikat pelancongan untuk tunaikan amanah kepada pelanggan dan buat perancangan sebaiknya.

“Sekiranya syarikat (agensi umrah) tidak dapat memenuhi perjanjian, maka jemaah boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa seperti MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya berlaku penipuan,” katanya kepada BH.

Beliau diminta mengulas isu keluhan segelintir jemaah yang sedang melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci ketika ini yang mendakwa agensi umrah tidak ‘menunaikan janji’ mereka.

Ini berikutan ada yang mendakwa dipindahkan ke hotel yang lokasinya lebih jauh dengan keadaan tempat penginapan yang tidak kondusif, malah ada yang terpaksa tinggal sehingga enam orang dalam satu unit hotel sempit dengan keadaannya digambarkan seperti penempatan asrama.

Bagaimanapun, beberapa agensi umrah mengakui isu yang tular di media sosial itu benar-benar berlaku, namun ia bukan disebabkan mereka menipu jemaah.

Sebaliknya mereka mendakwa ia dipengaruhi beberapa faktor antaranya musim puncak menunaikan umrah yang dijangka berlarutan bulan depan sehingga permintaan terutama untuk penginapan di Makkah dan Madinah terlampau tinggi sehingga harganya dinaikkan sesuka hati, malah ada tempahan awal agensi umrah dibatalkan saat akhir kerana ada pihak yang sanggup membayar dengan harga lebih tinggi.

Mohd Na’im turut menegaskan supaya umat Islam lebih berwaspada, terutama memilih agensi umrah yang berlesen dengan MOTAC dan memiliki rekod serta prestasi yang baik.

“Saya sentiasa nasihatkan umat Islam agar sentiasa berhati-hati apabila memilih syarikat pelancongan bagi menunaikan ibadat umrah.

“Jemaah perlu pastikan syarikat adalah berlesen dengan MOTAC dan mempunyai pengalaman dan ‘track record’ yang baik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...