Syarikat multinasional tunjuk minat melabur di Malaysia – PM Anwar

Date:

Share post:

DAVOS: Beberapa syarikat multinasional menunjukkan minat untuk melabur serta meneruskan pelaburan sedia ada ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.

Ujar beliau, ia termasuk hasrat syarikat pelombongan logam Australia, Fortescue untuk melabur dalam sektor automotif hidrogen hijau di Bintulu, Sarawak.

“Kerajaan Sarawak juga secara prinsip bersetuju dengan hasrat itu.

“Selain langkah-langkah yang telah dilaksanakan sekarang, saya juga telah memberi jaminan beberapa insentif dan sokongan akan diberi supaya menjadikan Bintulu sebagai hab kepada sektor tersebut,” katanya pada sidang media bersama wakil media Malaysia mengakhiri lawatan kerja ke Davos sempena WEF 2025.

Mengulas lanjut, beliau berkata kolaborasi bersama syarikat pelabuhan Dubai, DP World juga berpotensi menjadikan Sepangar, Sabah sebagai antara pelabuhan besar di rantau ini.

Sementara Google pula ujar beliau akan terus melaksana program bersakala besar dengan memberi manfaat kepada pemusatan data khusus di Johor, Pulau Pinang dan Perak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...