Berwaspada hadapi banjir akibat luruan monsun di kawasan berisiko – Fahmi

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata peringatan itu dikeluarkan susulan ramalan hujan lebat berterusan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad lepas melibatkan beberapa kawasan terbabit akibat luruan monsun.

“Amaran dikeluarkan MetMalaysia ini berkuat kuasa hingga 19 Januari,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata persiapan bagi menghadapi situasi berkenaan dibincangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara sentiasa bersedia untuk hadapi dan (begitu juga) bagi agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

“Kita (kerajaan) sudah minta (agensi terlibat) untuk berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi,” katanya.

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak bermula hari ini, susulan analisis terhadap model ramalan cuaca terkini menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Harga lantai padi diumumkan tengah hari ini

Pengumuman itu dijangka dibuat Mohamad pada sidang medianya di Parlimen.

Maybank tersenarai lagi antara 500 jenama paling berharga di dunia

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli juga menyumbang kepada pencapaian terbaik bank itu dengan menduduki tangga ke-85 dalam senarai 100 Penjaga Jenama Terbaik Brand Finance

Kerajaan akan ambil langkah atasi pencemaran sisa plastik – Nik Nazmi

Di bawah RMK13 kita sedang melihat sama ada boleh diadakan satu perundangan di peringkat nasional untuk mengatasi pencemaran plastik

Kepengerusian ASEAN : Persiapan Malaysia antara yang terbaik dan membanggakan – PM Anwar

Walaupun tidak semewah beberapa negara, tetapi tahap kecekapan, disiplin dan kerapian itu sangat membanggakan