Beberapa kawasan di Sandakan mengalami banjir kilat

Date:

Share post:

SANDAKAN: Kebanyakan kawasan di daerah Sandakan termasuk di kawasan bandar mengalami banjir kilat selepas hujan lebat tanpa henti sejak jam 8.30 pagi tadi.

Situasi semakin kritikal apabila banyak kenderaan di beberapa kawasan banjir terkandas sehingga menyukarkan pergerakan trafik dan operasi menyelamat.

Tiga kanak-kanak dan seorang wanita dilaporkan terperangkap di dalam rumah akibat banjir yang berlaku di Batu 12, di sini, kira-kira jam 1.30 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.49 petang.

Katanya, seramai tiga anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi membantu mangsa terperangkap.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi memindahkan empat mangsa yang terperangkap di dalam rumah akibat banjir di kawasan kediaman mereka,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Severinus berkata, pihaknya turut menerima panggilan kecemasan bencana banjir di Jalan Kampung Gum-Gum, Batu 16, di sini.

“Terdapat sebuah bas mini yang membawa pelajar sekolah telah terperangkap di atas jalan raya yang dinaiki air, namun berjaya ditunda oleh lori.

“Semua pelajar terbabit dilaporkan selamat dan seterusnya pasukan bomba membuat pemantauan di kawasan yang dinaiki air,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...