496,541 pelajar akan terima BAP di seluruh Sabah

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Seramai 496,541 pelajar bakal menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) melibatkan peruntukan lebih RM74,481,150 untuk diagihkan ke 1,295 sekolah di seluruh Sabah.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM) Datuk Ruji Ubi berkata bantuan berkenaan mampu memastikan setiap murid mempunyai peluang dan keupayaan sama untuk memulakan sesi persekolahan selain sebagai dorongan mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan.

“Saya menyeru ibu bapa atau penjaga dan murid yang menerima manfaat BAP 2025 untuk meningkatkan motivasi murid bagi terus membina kecemerlangan agar menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Cek Cura BAP Tahun 2025 bagi negeri Sabah yang disempurnakan Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya di Sekolah Kebangsaan Sembulan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ruji meminta semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah dapat menyelesaikan agihan bantuan berkenaan dalam tempoh seminggu sebelum sesi persekolah berakhir.

“Diingatkan juga kepada semua pengetua dan guru besar, tiada sebarang potongan atau kutipan bayaran diambil daripada BAP ini. KPM berharap maklumat ini jelas dan difahami. 

“Dalam tempoh seminggu ini kita akan memantau untuk memastikan bantuan ini dapat diagihkan dengan baik tanpa sebarang masalah,” tambahnya.

Ruji juga meminta ibu bapa segera membuat laporan kepada PPD atau Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya terdapat potongan yang dilaksanakan oleh sekolah.

Mengulas mengenai sekolah daif di Sabah, beliau berkata sebanyak 122 projek sekolah daif diluluskan bagi pada 2025 dan daripada jumlah ini 52 projek adalah di Sabah, dan tumpuan akan diberikan bagi memastikan kesemua projek dapat dilaksanakan dalam tahun semasa.

“Peruntukan yang diluluskan bagi tujuan infrastruktur KPM seluruh negara sebanyak RM6.3 bilion dan  peruntukan berkaitan Infrastruktur bagi negeri Sabah berjumlah RM1 bilion.

“Agihan peruntukan kepada Sabah bermatlamat memastikan kemudahan infrastruktur dalam keadaan baik serta kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...