Anwar, Prabowo fokus kepada pengukuhan hubungan dua hala

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala di sini, hari ini.

Pertemuan diadakan pada majlis makan tengah hari secara tertutup yang dihoskan oleh Anwar di Rumah Tangsi, sebagai sebahagian daripada lawatan kerja sehari Prabowo ke Malaysia.

Ini adalah lawatan kerja pertama Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Oktober 2024.

“Lawatan ini mencerminkan hubungan istimewa antara Malaysia dan Republik Indonesia yang ditunjangi oleh kerjasama kukuh dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, sosiobudaya, pertahanan dan keselamatan,” kata kenyataan Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, hari ini.

Sebaik majlis makan tengah hari selesai, Anwar dilihat menaiki kereta bersama Prabowo, yang dijadualkan berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut menyertai delegasi Prabowo ialah Menteri Luar Indonesia, Sugiono.

Indonesia ialah rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2023.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM111.21 bilion (AS$24.39 bilion) tahun lalu.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024, dagangan dua hala bernilai RM95.50 bilion (AS$20.75 bilion), berbanding RM94.37 bilion (AS$20.69 bilion) bagi tempoh yang sama pada 2023. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Lawatan kerja pertama Prabowo ke Malaysia hari ini

"Dengan Malaysia mengambil alih peranan sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, kedua-dua pemimpin dijangka bertukar pandangan mengenai usaha memperkukuh Pembinaan Komuniti ASEAN, kerjasama serantau serta menangani cabaran global,"

Malaysia destinasi pertama PM Jepun untuk mulakan kerja diplomasi 2025

"Jepun komited untuk menyokong kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menangani pelbagai isu dalam komuniti antarabangsa dan serantau,"

Mencari makna hidup

Kadang-kadang, kita terlalu sibuk mengejar apa yang kita mahu sehingga lupa untuk berhenti sejenak dan bertanya, "Siapa aku...

Peruntukan RM11 juta untuk pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar – Aiman Athirah

Lebih 90 NGO memohon untuk menyertai PEKB, namun kelulusan peruntukan diberi kepada 29 NGO sahaja